TerasMalaysia

Wanita kantoi ambil makanan senyap-senyap lepas ‘cancel order’, buat muka tak bersalah lepas masa cekup

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita kantoi ambil makanan senyap-senyap lepas ‘cancel order’, buat muka tak bersalah lepas masa cekup. SENARIO pelanggan membatalkan tempahan gara-gara pesanan lambat siap merupakan antara cabaran dan ujian yang dihadapi pekerja servis penghantaran.

Sudahlah kena ‘sidai’ dengan restoran, rider pula perlu mengeluarkan wang sendiri bagi membayar tempahan makanan apabila pelanggan yang memilih kaedah bayaran semasa penghantaran (COD) membatalkan pesanan secara tiba-tiba.

Namun lain pula yang berlaku pada seorang penghantar makanan ini apabila seorang pelanggannya sengaja membatalkan tempahan demi mendapatkan makanan ‘percuma’.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Puchong, Selangor, pemuda dikenali sebagai Amirol bersemuka dengan seorang pelanggan wanita.

Modus operandinya adalah pelanggan yang tinggal di kediaman bertingkat seperti kondominium akan memberi arahan supaya penghantar makanan meninggalkan makanan di lobi.

Wanita kantoi ambil makanan senyap-senyap lepas 'cancel order', buat muka tak bersalah lepas masa cekup

Seorang pelanggan didakwa membatalkan pesanan tetapi mengambil tempahan yang dibatal di lobi.

Bagaimanapun, pelanggan kemudian membatalkan tempahan sebaik penghantar makanan beredar dan tetap akan mengambil pesanan yang ‘dibatalkan’ tadi.

“Apabila you suruh rider letak sini (lobi), lepas itu rider sudah letak dan jalan (beredar), you batal order. Kami yang akan ‘digantung’ (denda) tiga hari, tak boleh cari makan.

“Kalau you dah canceled, you tak boleh ambil makanan tu. Tadi order pertama you sudah canceled, makanan pun rider sudah angkat.

“Order ini pun you sudah canceled, tapi you turun bawah untuk ambil makanan ni. Saya tunggu you tadi, saya tunggu you turun ke bawah,” katanya menegur taktik licik pelanggan tersebut.

@amirol1991

skypod tower 1 di puchong .. lepas ni kalau siapa2 antar order dia suruh letak bawah baik suruh dia turun kita tunggu smpai dia turun ok .. takut dia report xdpat makanan sedang kan dah ambik makanan tu ..

♬ bunyi asal – amirol

Sementara itu Amirol yang sempat merakamkan video perbualan antara mereka turut mendakwa ia bukan kejadian pertama kali dilakukan pelanggan wanita itu.

Dakwanya lagi, pada hari berkenaan sahaja dia sudah cuba menipu sebanyak tiga kali.

“Ini (makanan) canceled, saya makan. Bukan you makan tau sebab itu barang sudah refund.

“Hari ini sudah tiga kali you canceled. Tadi kali pertama pagi, barang lain. Ini makanan daripada kedai sama termasuk yang saya hantar, you canceled.

“Nombor telefon you pun tak boleh call, nombor rumah you tak letak. You cakap ada dekat luar dan suruh saya letak dekat bawah sebab you kat luar, tapi sebenarnya you dekat atas (rumah),” katanya yang bersembunyi di belakang tiang bagi menjejaki pelanggan yang menipu itu.

Jelas Amirol, perbuatan pelanggan yang membatalkan pesanan tanpa alasan kukuh akan menyebabkan tugas mereka ‘digantung’ selama beberapa hari sekali gus menyekat peluang untuk mencari rezeki.

Penghantar makanan tersebut kemudian memberi amaran untuk membuat laporan polis, namun wanita berkenaan meminta supaya tidak berbuat demikian.

“You jangan buat macam ni, kami cari makan. Kalau you mahu makan, you order betul-betul.

“Selepas ini kalau saya dapat (tangkap) you lagi, saya lapor pada polis. You janji jangan buat lagi ya,” katanya.

BACA:
Pelanggan terkejut kena bayar RM69.55 untuk satu hidangan nasi padang, ini respon ‘owner’ kedai tersebut
Ibu mengalami fenomena pelik, ‘simpan’ bayi dalam perut selama 15 tahun
7 benda yang tak boleh simpan di dalam kereta, nombor 5 tu tak kira lelaki ke perempuan mesti ada

Leave a Comment