Wanita kecewa kedai makan popular jual barang yang tak berkualiti, beli nasi goreng dapat bahan ‘tambahan’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita kecewa kedai makan popular jual barang yang tak berkualiti, beli nasi goreng dapat bahan ‘tambahan’. Seorang wanita kecewa apabila nasi goreng yang dibelinya di sebuah kedai di Ampang turut mengandungi ‘bahan tambahan’ iaitu ulat pada hidangan tersebut.

Video itu dikongsikan menerusi akaun TikTok @Misz’azura sekali gus mengundang maklum balas daripada orang ramai yang turut berasa loya dengan nasi goreng dicemari ulat.

“Perhatikan betul-betul, nampak tak? Entahlah nak cakap apa, baik masak di rumah terjamin kebersihannya. Orang Ampang mesti tahu kedai mana, sebab popular sangat kedai ni,” katanya pada hantaran itu.

Wanita kecewa kedai makan popular jual barang yang tak berkualiti, beli nasi goreng dapat bahan 'tambahan'

Menjengah ke ruangan komen, ada yang beranggapan kedai tersebut menggunakan ayam lama yang telah dicemari.

“Biasa kalau ayam berulat ni, dia orang ‘recycle’ ayam nak jimat daripada dibuang,” komen Deen’s98.

“Itukan resepi penambah selera, cuma perlu makan dan nikmati,” seloroh @iman02.

“Meremang bulu roma tengok benda alah ni merayap,” komen Witizaajfk.

@miszzazura

ntahlah nk cakap apa ..baik masak kat rumah ja terjamin kebersihannya tak gituw org ampang mesti tau kedai mana ..sbb famous sgt kedai ni 😅😅

♬ JEDAG JEDUG VIRAL FYP TIKTOK KATA MAYA – DJ MAYA FYZ

BACA:
Buat ujian DNA untuk mencari ibu bapa asal suami, apa yang terjadi selepas itu buat mereka buntu
Peniaga tunjuk cara macam mana nak pilih durian sebelum beli, bukan ambil buah yang besar semata
Wanita terkejut jumpa nota dalam lampin pakai buang yang dibelinya, siap tinggal nombor telefon

Leave a Comment