Wanita kecewa suami dikenali sejak tahun 2000 sebenarnya perempuan, mengakui masa ‘honeymoon’ ke Thailand

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita kecewa suami dikenali sejak tahun 2000 sebenarnya perempuan, mengakui masa ‘honeymoon’ ke Thailand.

“Suamiku Rupanya Wanita”, kisah seorang wanita yang mencari keadilan untuk dirinya setelah ditipu oleh suami sendiri kini sedang menghangat di media sosial TikTok. Menurut individu bernama Ida ini, dahulu dia kenal dengan ‘lelaki’ terbabit pada bulan Jun tahun 2000 menerusi talian SMS

Kahwin selepas kenal kurang sebulan


Pada 26 Jun, mereka dapat peluang berjumpa untuk pertama kalinya di sebuah restoran. Pada waktu itu, lelaki berkenaan memperkenalkan nama penuhnya sebagai Nardinata Marshioni Suhaimi selain sempat menunjukkan kad pengenalan dan juga surat beranak. Ida saat itu bagaimanapaun tidak mencurigai apa-apa langsung. 3 minggu kemudian, Nardinata telah melamar Ida untuk ke fasa lebih serius dan acara bertukar cincin diadakan pada penghujung bulan Julai. Meskipun perkenalan itu cukup singkat, akhirnya mereka selamat mendirikan rumah tangga di mana surat nikah rasmi daripada pihak berautoriti Jakarta juga sudah diperolehi.

Saya wanita normal & bukannya songsang…Sampai bila nak hidup begini


Seperti pengantin baru yang lain, Ida bahagia dibawa suaminya untuk berbulan madu ke 3 buah negara berbeza. Lokasi pertama terletak di Bangkok, Thailand, malangnya bayangan tentang kehangatan malam pertama malah bertukar menjadi mimpi buruk. Nardinata tiba-tiba mengakui dirinya adalah perempuan di mana tujuan dia berkahwin dengan Ida adalah semata-mata mahukan peneman ke mana-mana. Pertengkaran teruk telah tercetus, namun wanita terbabit tidak mampu lari akibat dikasari selain diancam dengan ugutan serius. Tiada pilihan lain, Ida terpaksa menjalani kehidupan sambil diselubungi rasa takut.

Wanita kecewa suami dikenali sejak tahun 2000 sebenarnya perempuan, mengakui masa 'honeymoon' ke Thailand

Isteri lain datang merampas barang-barang…Saya ketakutan & menelefon Nardinata, malangnya…


3 bulan selepas nikah, Nardinata telah membelikan sebuah rumah manakala Ida kemudiannya membuka bisnes menjual alat ganti kereta mewah. Beberapa bulannya lagi, muncul pula seorang perempuan bernama Emiliana datang membuat kacau termasuklah mencuri kereta dan barang-barang milik Nardinata. Rupanya dia juga salah seorang isteri kepada ‘lelaki jadian’ terbabit. Sudahlah kehidupannya dikongkong, bahkan Ida turut alami kerugian belasan ribu ringgit akibat penipuan ‘suaminya’.

Banyak kerugian saya alami…Keperawanan saya turut dirosakkan menggunakan ‘alat’


Lama kelamaan, Ida semakin muak dengan kehidupan sebegitu dan nekad mengheret masalah terbabit ke muka pengadilan. Laporan polis, turun naik mahkamah dan wang ringgit sudah habis banyak, tetapi keadilan masih belum berpihak kepadanya walau sudah 21 tahun dia memperjuangkan perkara ini. Baik emosi ataupun fizikal, perbuatan Nardinata membawa cukup banyak kebinasaan kepada kehidupan Ida.

TikTok

BACA:
Bapa kehairanan anak jadi trauma, kerap menangis masa balik mengaji, tak sangka ini yang guru jawab bila disoal
Peguam dedah pembeli boleh saman pemaju dalam masa 15 tahun jika rumah yang dibeli alami kerosakan
Macam tu rupanya orang bisu akad nikah, menang sunyi sepi satu dewan perhati tangan pengantin

Leave a Comment