TerasMalaysia

Wanita Kumpul Duit Selama 12 Tahun Bantu Abang Jumpa Jodoh

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Seorang wanita di China mendakwa dia telah mendedikasikan 12 tahun hidupnya bekerja keras mengumpul duit untuk bantu abangnya bertemu jodoh.

Difahamkan wanita dari wilayah Anhui tersebut mengusahakan sebuah restoran kecil dengan menjual penkek Cina sebagai sajian utama hingga jualannya berjaya mencecah angka sebanyak RM62,000.

Apabila jualannya berjaya dan dapat ‘untung besar’, dia berasa bahawa segala hasil titik peluhnya itu lebih baik ‘dihadiahkan’ kepada abangnya supaya boleh bertemu jodoh dengan cepat.

Justeru wanita berusia 33 tahun itu tekad berkorban dengan melaburkan duitnya membeli rumah dan kereta baharu untuk abangnya, selain turut sanggup menyerahkan restoran diusahakannya sebagai hadiah.

Katanya walaupun dirinya sendiri pun belum berkahwin, tapi dia sanggup berkorban untuk beri laluan kepada abangnya untuk berjodoh terlebih dahulu.

“Saya akan mula fikirkan tentang diri saya selepas abang saya kahwin. Soal jodoh saya, saya boleh tunggu lagi.

“Sejak empat tahun lalu, saya memang sangat kedekut (berjimat) walaupun hanya beli baju baru untuk diri sendiri,” katanya.

Ibarat pepatah air dicincang tidak akan putus ekoran hubungan baik mereka, wanita itu sanggup mengutamakan urusan abangnya berbanding keperluan dirinya sendiri.

Hal tersebut terbukti apabila dia sanggup belikan rumah untuk abangnya, hatta dalam masa yang sama dia sendiri belum memiliki rumah sendiri.

Meskipun nampak seperti adik yang sangat baik, bagaimanapun tindakannya mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet hingga dia dikritik dan dikecam ramai kerana ‘terlalu baik’.

Namun semua kritikan itu diterima, katanya orang ramai yang banyak ‘mengata’ dirinya hakikatnya tidak tahu apa yang dilalui mereka sekeluarga, jauh sekali memahami motifnya berbuat sedemikian.

“Kehidupan orang berbeza-beza, mereka mungkin tidak pernah mengalami kesusahan seperti yang kita alami semasa zaman kanak-kanak. Itu adalah normal untuk tidak dapat memahami,” tambahnya.

Difahamkan juga, lelaki di China kebanyakannya sukar untuk mendapatkan pasangan perempuan dan berkahwin berbanding di negara lain.

Sumber: Oddity Central

Leave a Comment