Wanita Malaysia cerita detik bertemu bakal suami ketika ditemubual media Bangladesh, berjumpa dekat kedai makan.
Perkahwinan campur tidaklah menjadi perkara asing dalam masyarakat Malaysia.
Sejak kebelakangan ini, ramai wanita yang gemar mengongsikan tentang perkahwinan mereka bersama warga asing kerana mahu berkongsi kehidupan bahagia yang mereka bina.
Malah, disebabkan beberapa perkongsian yang tular di media sosial, terdapat lelaki tempatan yang berasa iri hati sehingga membandingkan diri mereka dengan warga asing.
Tidak kurang juga yang meminta supaya golongan wanita yang berkahwin campur ini terus menetap di negara milik suaminya dan tidak pulang ke Malaysia.
Seperti seorang pengguna X, dia membuat ciapan yang berbaur sinis kepada video seorang wanita bersama pasangannya yang ditemubual oleh media tempatan Bangladesh.
“Bagus kak. Boleh terus duduk Bangladesh, buka kedai di sana,” ciapnya ringkas.
Menerusi rakaman video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu, wanita tersebut menceritakan detik pertemuannya dengan jejaka Bangladesh itu serta perasaan berada di negara berkenaan.
Malah katanya, dia disambut dengan baik dan meriah oleh keluarga lelaki warga asing tersebut.
“Mula jumpa di restoran, dia minta nombor telefon saya, mula-mula tak bagi… tapi selepas banyak kali, saya pun bagi dan kemudian dia proposed saya.
“Mestilah gembira (kahwin). Keluarga semua baik, sini (Bangladesh) bezanya di sini bagi makan… kat Malaysia tak ada. Sini sambut dengan gembira dan saya okay.
“Saya akan datang sini kerana ibu dan ayah (mentua) masih ada,” tambahnya menerusi rakaman temu bual yang tular.
Suaminya itu juga fasih berbahasa Melayu serta menterjemahkan soalan yang diberikan dalam bahasa Bangladesh kepada isterinya.
Bagus kak.Boleh terus duduk Bangladesh buka kedai kat sana. pic.twitter.com/L1DS5yxA01
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) October 18, 2023