Wanita maut masa jatuh gaung ‘call’ radio cerita detik-detik yang terjadi, siap mengilai lagi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita maut masa jatuh gaung ‘call’ radio cerita detik-detik yang terjadi, siap mengilai lagi. Penyampai radio Era FM yang mengendalikan segmen 40 Era, Fazziq Muqris mengalami detik menyeramkan apabila menerima panggilan telefon daripada pemanggil yang bercerita tentang kisah yang dialaminya.

Mula2 luah perasaan, tiba2 menangis

@brri07 tak funny sia #projekhighcouncil #fazziqmuqris #era #fyp #foryoupage ♬ original sound – 💐

Perkara tersebut terjadi sewaktu dia sedang membuat siaran langsung di TikTok radio terbabit sambil melayani pemanggil telefon yang meluahkan perasaannya sehingga hilang suara kerana menangis.

Video yang sempat dirakam dan dikongsikan di media sosial itu jelas melihat wajah Fazziq yang sedikit terkejut dan mulai pelik kerana cerita wanita tersebut seakan ingin memberitahu yang dirinya sudah tiada.

Menerusi cerita yang disampaikan pemanggil wanita tersebut, dia mengatakan yang kejadian berlaku sekitar tahun 1993 dan boleh jadi dia kini berusia 56 tahun.

Boleh jadi prank tapi jangan la kacau orang tengah kerja

Wanita maut masa jatuh gaung ‘call’ radio cerita detik-detik yang terjadi, siap mengilai lagi

Walaupun panggilan tersebut boleh jadi sekadar ‘prank’, namun apa yang dilakukan dilihat tidak menghormati orang lain bekerja kerana mendatangkan rasa kurang selesa lebih-lebih lagi ketika waktu malam dan sudah tentu penyampai radio juga berasa penat.

Dapat didengar dengan jelas, individu yang menemani Fazziq dikenali sebagai Zain bercakap dalam keadaan menggigil dan panik kerana terkejut dengan cerita pemanggil tersebut.

Kalau ‘prank’ sumpah jahat gila

Menerusi Insta Story pelakon drama Projek High Council itu, dia telah memuat naik semula video sewaktu dia meminta agar orang ramai tidak membuat ‘prank’ kepada mereka kerana perkara tersebut bukannya sesuatu yang kelakar.

Perkara sebegitu bukan sahaja mendatangkan rasa trauma kepada mereka yang berada di konti tetapi para pendengar yang mengikuti siaran langsung di TikTok serta mendengar di radio.

Walaupun kebanyakan netizen merasakan apa yang berlaku itu boleh jadi satu prank yang dilakukan seseorang dengan niat bergurau, namun tindakannya sangat melampau lebih-lebih lagi setelah melihat reaksi Fazziq dan juga Zain.

Finalis Hero Remaja 2021 itu juga dilihat tidak melanjutkan perbahasan tentang pemanggil tersebut dan meneruskan kerjanya yang mengendalikan carta 40 Era hingga selesai.

Setakat ini, kesahihan cerita dan juga tindakan pemanggil wanita itu betul ataupun sekadar gurauan tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana mereka juga tidak memperpanjangkan isu tersebut bagi mengelakkan sebarang rasa takut atau panik kepada orang lain.

BACA:

”Aku ajak tunang teman ‘pack’ tudung jualan aku, benda ni jadi masa kami tengah buat kerja”

China dilanda fenomena luar biasa, terkejut penduduk tengok keadaan sekeliling

Lelaki berkopiah buat sesuatu pada anjing raih perhatian netizen

Leave a Comment