Wanita mengalami Tourette Syndrome kongsi video cara dia jaga bayinya

Wanita mengalami ‘Tourette Syndrome’ kongsi video cara dia jaga bayinya

Sindrom Tourette adalah gangguan yang menyebabkan seseorang itu tiba-tiba melakukan gerakan atau ucapan berulang kali secara tidak sengaja yang disebut tic

Menurut sumber, penyakit ini biasanya bermula pada usia 2-15 tahun, dan lebih banyak terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Kebiasaannya, tic tidak bertahan lebih dari satu tahun. Namun, bagi mereka yang alami sindrom Tourette, tic berlangsung selama lebih dari satu tahun.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @syaatiaa97 telah berkongsi sebuah video menunjukkan rutin bagaimana dia menjaga bayinya walaupun dia mengalami Tourette Syndrome.

Menerusi video itu, dapat dilihat pada awalnya ‘ticks’ tersebut aktif tetapi menjadi reda selepas mengangkat bayinya. Dia juga mengatakan bahawa sindrom ini bukanlah satu penyakit, tetapi satu gangguan neuorologi yang boleh diwarisi atas pelbagai faktor seperti keturunan (genetik) dan persekitaran.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada wanita terbabit serta berikan pujian kepadanya.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang baru pertama kali melihat sindrom ini dalam kalangan rakyat Malaysia. Para netizen turut memuji kebesaran Allah kerana sindrom wanita itu reda apabila memegang bayinya.

Sumber

Baca : China dilanda fenomena luar biasa, terkejut penduduk tengok keadaan sekeliling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *