Wanita meroyan mahu kahwin lain lepas sah menjadi isteri kepada suaminya

Wanita meroyan mahu kahwin lain lepas sah menjadi isteri kepada suaminya. Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pengantin perempuan yang baru berkahwin pergi ke balai polis bagi mendapatkan kebenaran untuk berkahwin dengan teman lelakinya.

Pengantin nak kahwin dengan teman lelaki

Wanita meroyan mahu kahwin lain lepas sah menjadi isteri kepada suaminya

Menerusi video pendek tersebut, kedengaran pengantin perempuan yang memakai sari berwarna merah memberitahu bahawa dia ingin berkahwin buat kali kedua walaupun sudah bersuami. Tidak terhenti di situ, wanita terbabit bertindak melemparkan beberapa barangan termasuk kertas dan telefon bimbit.

Kelihatan seorang anggota polis cuba menenangkan dan mengawal wanita terbabit sebelum menyeretnya ke dalam sebuah bilik. Difahamkan, ketika kejadian, wanita berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa pengantin perempuan dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Oleh disebabkan itu, dia menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan mencetuskan kekecohan di balai polis bagi memenuhi keinginannya untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya.

BACA:
“Aku guru disebuah tadika, biasa la sebab merantau aku diberi kebebasan tidur disitu, tak sangka benda ni jadi dekat aku”
”Saya minta bukan untuk orang lain, untuk anak awak juga, ini yang saya dapat sebab pertahan anak?”
Pewangi cecair ini boleh buat dashboard kereta rosak, ini puncanya

Leave a Comment