Wanita peluk pokok untuk hilangkan stress, dakwa manusia tak dapat tanggung aura negatif dirinya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita peluk pokok untuk hilangkan stress, dakwa manusia tak dapat tanggung aura negatif dirinya. Ramai antara kita yang akan pergi ke pantai, ke kawasan rekreasi air terjun atau mendaki bukit untuk healing atau kurangkan stres akibat pelajaran atau pekerjaan kita.

Lepas dah balik dari aktiviti healing, baru lah rasa lega dan beban di bahu pun rasa ringan kan.

Namun, wanita dari Shanghai ini pula mempunyai cara lain daripada yang lain untuk mengurangkan stresnya dengan cara memeluk pokok.

Memetik laporan Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai Qishishiqi itu mula memeluk sebatang pokok pada April lalu di sebuah jalan di Shanghai.

Ketika dia memeluk pokok tersebut, serta-merta dia merasakan kesan positif di mana stres yang dialaminya akibat pekerjaannya hilang, dakwanya.

Wanita peluk pokok untuk hilangkan stress, dakwa manusia tak dapat tanggung aura negatif dirinya

Pengalaman pertama stres yang dialaminya berkurang selepas memeluk pokok itu telah memberinya motivasi untuk berkongsi cara luar biasa tersebut dengan orang di sekelilingnya menerusi media sosial.

Selepas pengalaman pertama itu, Qishishiqi telah ke sebuah taman berdekatan Shanghai untuk memeluk sebatang pokok yang berusia lebih kurang tiga ribu tahun.

Selepas memeluk pokok yang berusia ribuan tahun itu, wanita itu merasakan dirinya sangat tenang dan semangatnya seperti pulih semula.

Saya merasakan seperti pokok itu juga memeluk saya dan ia membantu melegakan beban yang saya tanggung pada ketika itu”, katanya.

Wanita China itu juga menjelaskan bahawa dia sering kali berasa berdebar untuk memeluk manusia lain kerana dia takut individu yang dipeluknya itu tidak dapat menahan tenaga negatifnya.

Namun, pokok pula berlainan kerana dia menyifatkan bahawa pokok akan ‘mendengar kita dalam diam dan dengan sabar’.

Walau bagaimanapun, wanita ini tidak menyarankan orang di luar sana untuk menggantikan terapi di hospital dengan pakar yang bertauliah dengan terapi peluk pokok ini namun, tidak salah untuk mencubanya kan.

Namun, ada netizen yang berpendapat, ia mungkin kedengaran lucu namun pokok merupakan salah satu medium untuk grounding.

BACA:
Suami buat projek dengan pramugari dekat rumah masa isteri balik kampung ziarah bapa meninggal dunia
Berang badan berwajib sambil lewa dengan tugasan, presiden nekad turun padang bersih rumput sendiri
Wanita disahkan meninggal hidup semula lepas persiapan pengebumian dibuat, keluarga terkejut dapat tahu

Leave a Comment