Wanita sanggup tipu kawan sendiri semata-mata nak pergi konsert k-pop, lesap RM10,000. Pada hari ini harga tiket konsert tidaklah semurah pada beberapa tahun yang lalu. Boleh dikatakan angka jualan termurah bermula daripada ratusan ringgit. Lebih-lebih jika artis itu datang dari luar negara.
Baru-baru ini seorang gadis menggunakan akaun Twitter @haetendori telah membuat satu pengakuan terbuka di mana dia sudah menipu sejumlah wang daripada beberapa individu.
Dalam ciapan tersebut, gadis itu mendedahkan dia telah mendapatkan kira-kira RM13,000 hasil penipuan terhadap beberapa individu yang dia kenal secara peribadi.
Peminat k-pop tempatan yang melihat ciapan itu berasa marah dengan tindakan gadis tersebut. Lebih-lebih lagi dalam ciapannya tidak mengungkap sebarang perkataan ‘maaf’.
Bagi netizen yang lain, mereka berpendapat tindakan gadis itu sangat mensia-siakan masa mudanya. Jauh lagi perjalanan hidup, namun sudah terpalit dengan isu scam bernilai belasan ribu ringgit yang boleh menyebabkan tindakan mahkamah boleh dikenakan.
Pada akhir ciapan itu, gadis itu memberi jaminan dia tidak akan melarikan diri dan akan cuba menyelesaikan semua hutangnya dalam tempoh 3 bulan.
Sekiranya dia gagal, gadis itu menyatakan kesanggupannya untuk dikenakan tindakan undang-undang.
Gadis itu juga telah membuat keputusan untuk menghentikan minatnya dalam k-pop dan tidak mengambil bahagian dalam mana-mana acara atau fanbase daripada peminat.
“Saya telah menyelesaikan sebahagian wang mangsa saya. Juga di sini, saya akan memadam semua media sosial saya selepas saya berjaya membayar balik semua mangsa saya dan rakan-rakan saya ragu-ragu,” petik ciapan terbaharu dikongsikan gadis tersebut.
Saya PUTRI NURBALQIS mengaku telah menipu wang berjumlah RM1500 daripada NUR SAIDAH NAFISAH, RM1300 ARISSA, RM1300 NUR KAMILAH, RM1300 NUR ATHIRAH, RM4000 CHAI ( INDO NCTZEN ) TICKET OWNER. SAYA JUGA TELAH MENGGUNAKAN RM3600 DUIT VILLA UTK KEGUNAAN SAYA.
— put (@haetendori) May 22, 2023