Wanita sempat rakam kelakuan ‘pervert’ lelaki ini dalam bas, siap ramas-ramas kusyen

Wanita sempat rakam kelakuan ‘pervert’ lelaki ini dalam bas, siap ramas-ramas kusyen. MALANG nasib seorang wanita apabila dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika menaiki sebuah bas, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @sha.aaz, mangsa sempat merakam gerakan tangan seorang individu dipercayai lelaki yang duduk ditempat duduk belakang.

Jelas kelihatan suspek sedang meraba-raba dan meramas kusyen yang diduduki mangsa.

“Peringatan untuk kaum hawa!

“Entah apa la yang syok sangat, tak kira tempat. Asal ada peluang nak ambil kesempatan,” kata wanita itu.

Wanita sempat rakam kelakuan pervet lelaki ini dalam bas siap ramas ramas kusyen

Bagaimanapun wanita itu tidak berkongsi maklumat terperinci tentang lakosi mahupun tarikh insiden berkenaan berlaku.

Tambah wanita berkenaan, dia kemudiannya melaporkan tentang kelakuan suspek yang didakwa seorang warga tempatan kepada pemandu bas.

“Dah beritahu driver, dia marah lelaki tu.

“Dah kena amaran juga, kalau jadi lagi memang terus ke balai,” katanya di ruangan komen bagi menjawab pertanyaan netizen.

Hingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 1.6 juta tontonan di TikTok.

@sha.aaz Peringatan untuk kaum hawa! #fyp#kasiviral ♬ bunyi asal – 🅿 🆄 🆃 🅴 🆁 🆈 🎀

Kalau ada jarum peniti dekat tudung tu, kau cucuk je jari gatal macam ni… biar padan muka.

Tidak hanya di platform berkenaan, video sama turut dikongsikan semula di Twitter @bckupacc99.

Dia yang berang dengan kelakuan lelaki dalam rakaman berkenaan turut menasihati orang ramai agar tidak menjadi mangsa gangguan seksual.

“Saya pun ada girlfriend, adik dan kakak perempuan. Kalau naik bas saya suruh mereka tak duduk dengan orang asing. Apa-apa pun boleh berlaku. Risau semuanya.

“Anda semua kalau berlaku macam ni cepat-cepatlah mengadu dekat pemandu bas atau tukar tempat dekat situ. Memang kes macam ni berlaku je,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan cadangan tentang cara yang boleh dilakukan untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku perkara sama.

“Kalau jadi macam ni, orang perempuan tolong beritahu dekat lelaki lain yang ada dalam bas tu kalau tak berani nak bersuara dekat pelaku tu sendiri, jangan senyap dan biar je.

“Kalau ada jarum peniti dekat tudung tu, kau cucuk je jari gatal macam ni. Kau standby je lima hingga enam jarum tu. Kumpul-kumpul lepas tu cucuk! Biar padan muka.

“Ada seorang kakak ni kena raba dengan lelaki. Kakak ni menjerit, lelaki tu kata tak buat lagi. Tapi kakak tu menangis-nangis cerita. Pakcik pemandu tu tak tunggu lama. Dia berhentikan bas tepi jalan, pergi arahkan lelaki itu

BACA:

Siapa sangka kereta kelisa ini mempunyai tarikan yang luar biasa di UK, walaupun memiliki warna yang pelik

Akibat cuaca panas yang terlampau masa ini, banyak kesan berupa tapak kaki ditemui

Majikan rugi sebanyak RM800,000 sebab salah masuk duit dekat pekerja, ini yang berlaku selepas itu

Leave a Comment