TerasMalaysia

Wanita tak sedap hati tengok kekasih dalam Google Street View, terkejut nampak pasangan rebah di riba kawan baik

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita tak sedap hati tengok kekasih dalam Google Street View, terkejut nampak pasangan rebah di riba kawan baik.

Seorang wanita Brazil terkejut selepas mendapat tahu di teman lelakinya curang dengan kawan baiknya melalui Google Street View, lapor New York Post.

Difahamkan, teman wanitanya turut berkongsi kisah curang kekasihnya itu menerusi platform TikTok bulan lalu. Perkongsian klip tersebut tular di media sosial dengan meraih lebih sembilan juta tontonan,

Maklum wanita itu, pada hari kejadian dia secara spontan ternampak kenderaan Google Street View melalui hadapan rumahnya.

Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk melayari laman web itu untuk mengetahui laluan yang digunakan oleh kereta syarikat berkenaan.

Walau bagaimanapun, dia secara tidak sengaja ternampak teman lelakinya menungggang motosikal bersama seorang wanita dalam talian tersebut.

Wanita tak sedap hati tengok kekasih dalam Google Street View, terkejut nampak pasangan rebah di riba kawan baik

“Saya melihat wanita di belakang (pembonceng) itu tidak nampak seperti saya, jadi saya mula mengikuti jejak mereka.

“Bagaimanapun, saya gagal mengesan motosikal itu di Google Street View dan terpaksa meneliti di jalan lain sebelum menemuinya.

“Kemudian saya kecewa selepas mendapati teman lelaki saya curang,” jelasnya.

Tambahnya, video berkenaan diakhiri dengan lelaki yang didakwa teman lelakinya merebahkan kepala di atas riba wanita berkenaan.

Lebih membuatkan hatinya remuk apabila menyedari wanita berkenaan adalah rakan baiknya sendiri.

“Hancur hati saya selepas mendapat tahu wanita itu adalah kawan baik saya sendiri,” katanya lagi.

BACA:
“Saya suka tengok konten akaun dia” – Lelaki terkejut ketika lihat video di ‘darkside’, baru tahu pemilik rupanya isteri sendiri
Pemuda menyesal seumur hidup, disahkan lumpuh gara-gara main telefon dan duduk terlalu lama ketika buang air besar
Kenapa nyamuk suka dan selalu terbang keliling kepala kita? Ini rupanya punca yang buat ramai terkejut

Leave a Comment