TerasMalaysia

Wanita tanggung sakit lepas masukkan lesung batu dalam kemaluan, terpaksa bedah untuk keluarkan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita tanggung sakit lepas masukkan lesung batu dalam kemaluan, terpaksa bedah untuk keluarkan. Seorang wanita berusia 41 tahun dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya selepas satu objek keras tersangkut di dalamnya, lapor Disway.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial selepas objek keras tersangkut itu didakwa sebagai pemegang lesung batu.

Anak lesung batu itu dikatakan telah tersekat dan tidak dapat ditanggalkan.

Menurut Disway, satu-satunya cara untuk mengeluarkannya adalah dengan melalui proses pembedahan.

Kejadian malang itu telah dikongsikan oleh seorang doktor di akaun TikTok @ikkay_dr yang dipetik pada Ahad, 13 Ogos lalu.

Wanita tanggung sakit lepas masukkan lesung batu dalam kemaluan, terpaksa bedah untuk keluarkan

Doktor tersebut memberitahu bahawa ada seorang wanita (41) telah datang ke bilik kecemasan obstetrik di tempat dia bekerja secara sendirian.

Tambahnya, wanita itu mengadu sakit serta mengalami pendarahan di bahagian kemaluannya.

Selepas rawatan awal dijalankan, tanda-tanda vital seperti tekanan darah, suhu dan lain-lain adalah normal, cuma nadinya agak laju.

“Pesakit mendakwa sakit perut di bahagian bawah disertai pendarahan dari saluran peranakan sejak malam,” kata perkongsian tersebut.

Selain itu, doktor tersebut turut menjalankan sesi soal jawab bersama mangsa mengenai sakit yang dialaminya itu.

Hasil soal jawab tersebut, wanita itu mengaku sebagai janda dan baru sahaja bercerai.
Proses rawatan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan dalaman iaitu alat sentuh faraj VT.

Pemeriksaan itu mendapati terdapat satu objek keras dengan permukaan tidak rata di kemaluannya.

Pesakit akhirnya mengaku bahawa telah memasukkan objek ke dalam kemaluannya dan masih tersekat di dalamnya.

“Selepas berunding dengan pakar obstetri dan ginekologi, pemindahan manual telah dilakukan, tetapi tidak berjaya,” jelasnya.

Seterusnya, pembedahan untuk mengeluarkan anak lesung itu segera dilakukan,” tambah doktor menerusi perkongsian tersebut.

BACA:
Gara-gara tak mahu keluar duit yang banyak, tauke perabot sanggup sumbat 120 pekerja dalam gudang kecil
Murid-murid terkilan kena tipu dengan penganjur program, mati-mati ingat dapat makan Mcdonald
Menang bergaya menumpaskan Rina Harun di Batu 3, bukan calang orang rupanya Danial Al-Rashid ni

Leave a Comment