Wanita terkejut dapat ‘DM’ berbaur lucah oleh orang yang tidak dikenali lepas pulang bazar

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita terkejut dapat ‘DM’ berbaur lucah oleh orang yang tidak dikenali lepas pulang bazar. KESUCIAN bulan Ramadan dicemari apabila seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Bukit Jalil pada Khamis lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Azza, mangsa hanya menyedari gambar tubuhnya dirakam oleh seorang individu selepas dimaklumkan sendiri oleh pelaku menerusi mesej langsung di Twitter pada hari yang sama.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi, pelaku menghantar dua keping gambar Azza yang sedang beratur membeli juadah berbuka.

Lebih mengejutkan apabila individu tidak dikenali itu turut menyelitkan pujian berbaur lucah tentang bentuk payudaranya.

Bazar Ramadan menjadi tumpuan orang ramai sepanjang bulan puasa.

Wanita terkejut dapat 'DM' berbaur lucah oleh orang yang tidak dikenali lepas pulang bazar

“Orang lain pergi bazar tengok makanan. Tapi si bodoh ni pergi bazar tengok tetek orang,” demikian ciapan Azza di Twitter sehingga menerima lebih 3,500 ulang kicau.

Azza menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau, apatah lagi ia berlaku pada hari pertama umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa.

“Saya pergi ke sebuah bazar Ramadan di kawasan Bukit Jalil pada hari pertama Ramadan. Jadi saya cuba nak pakai labuh macam kawan-kawan lain.

“Sampai bazar, fokus cuma nak cari makanan. Sekitar pukul 8 malam lebih macam tu, saya buka Twitter dan baca request direct message (DM) daripada sebuah akaun.

“Pada saya memang melampau sebab dia berani snap gambar saya dari sisi dan depan tanpa kebenaran. Saya tak kenal pun siapa lelaki itu,” ujarnya penuh kesal.

Menurut Azza lagi, dia sekadar berkongsi pengalaman malangnya itu di Twitter kerana tidak mahu kaum Hawa berdepan kejadian serupa.

“Tujuan saya kongsi kisah itu supaya kawan-kawan perempuan lain berhati-hati dengan lelaki di sekeliling. Entahlah, sekarang ni rasa takut nak pergi mana-mana sekalipun tempat yang ramai orang.

“Wanita bukan objek seks. Jangan jadikan lokasi umum sebagai tempat yang tak selamat untuk perempuan. Kalau tak boleh hormat kami sebagai wanita, hormatlah bulan Ramadan,” pesannya lagi.

Di laman Twitter, rata-rata netizen turut menyatakan sokongan kepada Azza dan berharap kejadian itu tidak berulang pada masa akan datang.

Malah, pelayar Twitter turut mempertahankan Azza walaupun ada sebilangan lelaki menyalahkan cara pemakaiannya sebagai punca kejadian.

Bazar Ramadan sepatutnya menjadi lokasi selamat buat semua pelanggan, tidak kira lelaki ataupun wanita. (Gambar Hiasan)

“Boleh tak orang ramai berhenti salahkan mangsa. Dia adalah mangsa gangguan seksual.

“Lapor polis saja. Ini perbuatan bersifat gangguan seksual.

“Kawan saya pakai tudung bidang 60 pun ada orang DM lucah. Macam mana kamu nak salahkan pakaian mangsa?

“Saya tak akan pergi bazar kalau kejadian seperti ini berlaku kepada saya,” tulis beberapa individu di Twitter.

BACA:

5 perkahwinan paling mahal yang pernah dilakukan selebriti Malaysia, nombor 3 tu kalah Erra Fazira

Lelaki hempuk bapa dengan kerusi kerana berang baca doa berbuka puasa dengan laju

“Ibu aku yang penyepah, pengotor dan hoarder, tekejut aku bila buka peti ais”

Leave a Comment