Wanita terkejut dicas RM33 untuk sepinggan nasi, harga kangkung belacan saja boleh beli air 2 cawan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita terkejut dicas RM33 untuk sepinggan nasi, harga kangkung belacan saja boleh beli air 2 cawan.

Ramai sedia maklum tentang kenaikan harga makanan berikutan kos barang keperluan asas menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini.

Namun terdapat segelintir peniaga seperti cuba menangguk di air keruh apabila mengenakan caj melampau serta tidak setara dengan makan yang diambil.

Seperti yang dikongsikan seorang pelanggan wanita ini, dia berasa seperti dianiaya selepas menikmati hidangan di sebuah kedai makan di Muar, Johor bersama suaminya, baru-baru ini.

“Maaf la ye nak tanya. Ayam goreng seketul RM6. Harga ni (sepatutnya) dah dapat nasi goreng kampung.

“Ayam goreng seketul, bukan satu per empat. Sayur kangkung sesenduk caj RM5. Nasi putih, kopi ais dan teh o ais jumlah semua RM33,” katanya menerusi satu hantaran dibuat di sebuah grup Facebook.

Mengiringi luahan wanita itu, dia turut berkongsi dua keping foto menunjukkan hidangan yang dinikmati mereka.

Wanita terkejut dicas RM33 untuk sepinggan nasi, harga kangung belacan saja boleh beli air 2 cawan

Kelihatan juga cebisan kertas bertulis angka 33, dipercayai harga makanan yang dikenakan kepada mereka iaitu sebanyak RM33.

Tambah wanita itu, dia tertanya-tanya sama ada harga berkenaan adalah dianggap biasa bagi penduduk setempat memandangkan dia baharu sahaja berpindah ke Muar.

“Atas saya je rasa mahal? Terkena ‘pancung’ rasa. Pergi (tunaikan ibadah) haji, balik cuti London kalau macam ni.

“Lauk yang sama makan dua orang suami isteri. Ayam je bukan ikan. Apabila tahu harga, tak reda. Kali pertama dan terakhir,” katanya.

Menyedari luahannya bakal menerima sindiran segelintir netizen yang mungkin meminta dia memasak sendiri di rumah jika ingin berjimat, wanita itu terlebih dahulu menjelaskan situasi yang perlu dihadapinya pada hari kejadian.

Halalkan makan minum saya dan suami yang akak belanja.

“Siapa cakap lebih baik masak sendiri, datang sini saya nak tendang punggung dia. Kena hadap ya. Situasi masing-masing berbeza.

“Kekangan waktu. Saya baru pindah rumah. Berhempas pulas selesaikan rumah. Tiba-tiba nak masak. Memang tak mungkin la. Dengan dapur pun tak siap lagi.

“Saya baru pindah rumah, sebab itu cari makan dekat luar. Sudahlah penat, terkena (dianiaya) pula,” ujarnya lagi.

Perkongsian berkenaan ternyata mengejutkan ramai lebih-lebih lagi selepas mengetahui harga sesenduk sayur kangkung adalah RM5.

Gara-gara perkongsiannya tular, seorang individu wanita yang mengaku sebagai pemilik kedai berkenaan tampil menghubungi pengadu bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Berdasarkan tangkap layar daripada perbualan di WhatsApp, pemilik kedai mengakui kesilapan berlaku di pihaknya.

Jelas peniaga itu kesilapan berkenaan terjadi kerana individu yang bertugas membuat kiraan harga makanan mendapatkan khidmat pembantu luar kerana isu peribadi.

Malah dia memberitahu harga bagi sesenduk sayur kangkung ialah RM2 dan caj bagi seketul ayam goreng adalah antara RM5 dan RM6 bergantung kepada saiz.

Salah faham itu juga akhirnya diselesaikan dengan baik apabila peniaga terbabit memulangkan semua wang pengadu menerusi transaksi atas talian.

“Alhamdulillah, salah silap antara dua manusia dipermudahkan. Terima kasih selesaikan isu ni dan maafkan saya kalau menggores hati akak.

“Peniaga nak jaga nama baik kedai, pelanggan nak makan makanan harga berpatutan.

“Halalkan makan minum saya dan suami yang akak belanja,” kata menerusi perkongsian terkini di Facebook.

BACA:
Stesen minyak paling ‘rare’ yang ada di Malaysia, berusia 100 tahun dan masih lagi beroperasi untuk pelanggan sehingga kini
Stesen minyak paling ‘rare’ yang ada di Malaysia, berusia 100 tahun dan masih lagi beroperasi untuk pelanggan sehingga kini
Suami terseksa lepas kahwin, terpaksa berhutang nak bayar mas kahwin isteri sebanyak RM445,000

Leave a Comment