Wanita terkejut lepas 3 tahun berkahwin, baru tahu wali sebenarnya tiada pertalian darah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita terkejut lepas 3 tahun berkahwin, baru tahu wali sebenarnya tiada pertalian darah

Seorang peguam yang dikenali dengan nama Fahmi Ramli menerusi akaun Facebooknya telah berkongsi satu kisah mengenai seorang wanita yang sudah berkahwin selama 3 tahun akhirnya baru mengetahui bahawa dirinya merupakan anak angkat yang dinikahkah oleh adik lelaki yang disangka adalah adik kandungnya sendiri.

Menerusi perkongsian di Facebook, Peguam Syarie iaitu Fahmi Ramli menceritakan kembali kejadian yang pernah berlaku pada 4 tahun lepas. Difahamkan, wanita ini telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga merupakan rakan sekerjanya.

Menurut sumber, wanita ini telah dinikahkan oleh adik lelakinya iaitu satu-satunya wali yang ada memandangkan ibu bapa mereka sudah meninggal dunia dan mereka juga tidak mempunyai datuk atau bapa saudara. Malah segala urusan perkahwinan juga diuruskan oleh saudara mara sebelah ibunya.

Mereka dinikahkan oleh adik lelaki wanita tersebut. Sebabnya ayahnya sudah meninggal dunia sekitar umurnya masih lagi di sekolah menengah. Ibunya pula meninggal dunia 5 tahun yang lalu. Wanita ini membesarkan adik lelakinya yang masih belajar di sekolah menengah ketika itu.

Mereka dua beradik sahaja. Bila adiknya telah besar dan sudah bekerja, dia akhirnya bertemu jodoh dengan suaminya kini. Memandangkan adik lelaki ini sahaja walinya kerana mereka tidak ada ayah, datuk atau bapa saudara sebelah ayah, maka adik lelaki inilah yang menjadi wali kepada perkahwinan kakaknya.

Setelah lebih dari 3 tahun bergelar suami isteri, mereka akhirnya dikurniakan sepasang cahaya mata. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui hubungan rumah tangganya berada dalam keadaan baik-baik sahaja malah dia dan suami melayari alam perkahwinan dengan sangat bahagia. Namun segalanya bertukar menjadi satu mimpi ‘ngeri’ selepas membaca sepucuk surat yang menyatakan bahawa dirinya hanyalah anak angkat keluarga tersebut.

Surat tersebut menyatakan bahawa ada seorang lelaki bernama Manaf (bukan nama sebenar) menyerahkan bayi perempuan kepada bapanya kerana mereka tidak mampu untuk menjaga ramai anak. Dia terus mendapatkan bapa saudara sebelah ibunya. Kata pak ciknya, dahulu, mak dengan ayahnya pernah lari membawa diri bertahun lamanya kerana perkahwinan tak dapat restu keluarga. Selepas mereka pulang ke kampung, mereka membawa bersama anak kecil umur lebih kurang 5 tahun iaitu wanita tersebut.

Jelasnya lagi, tidak ada seorang pun ahli keluarga dan saudara mara yang tahu pasangan ini mengambil anak angkat. Mereka juga langsung tidak menceritakan apa-apa mengenai perkara tersebut.

Selepas dengar penjelasan pak ciknya, dia pun tak tahu bagaimana nak sahkan dirinya bukan anak kandung kepada ayah dan ibunya. Dalam sijil kelahiran dia, namanya dibintikan kepada arwah bapanya. Cuma ada sikit keraguan bila maklumat bapa dalam sijil tersebut ditulis ‘maklumat tidak diketahui’.

Untuk mendapatkan kepastian, wanita bersama adik lelakinya telah pergi ke hospital untuk membuat ujian pengesahan DNA. Namun, alangkah terkejutnya apabila mendapati keputusan ujian tersebut negatif. Hal ini jelas membuktikan bahawa mereka berdua tiada pertalian darah.

Jelas peguam ini, ikatan perkahwinan wanita ini bersama suaminya perlu ‘Difaraqkan’ atau dipisahkan oleh mahkamah. Namun, mereka boleh bernikah semula dengan membuat permohonan wali hakim. Sementara itu, status anak pasangan ini adalah anak sah taraf disebabkan pernikahan mereka bukanlah atas dasar zina.

Sumber

Baca : 
Sayu satu masjid, jemaah tiba-tiba rebah saat bagi tazkirah dekat orang ramai
Lelaki ini kembali ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun, lari rumah gara-gara takut untuk berkhatan

Leave a Comment