TerasMalaysia

Wanita terkilan bekas suami kaki judi guna nama buat pinjaman hutang senyap-senyap, rugi RM180,000

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita terkilan bekas suami kaki judi guna nama buat pinjaman hutang senyap-senyap, rugi RM180,000

Malang bagi seorang wanita yang kini terpaksa menanggung hutang bekas suami kaki judi selepas mendaftarkan perceraian di Mahkamah Agama Cibinong, Bogor.

Ini kerana, mangsa, Indriyani, penduduk Kabupaten Bogor berkata, bekas suaminya itu membuat pinjaman hutang dengan menggunakan namanya.

“Sepanjang empat tahun perkahwinan, suami sering meminta wang dengan pelbagai alasan.

“Kalau kerugian peribadi saya sendiri cuma 20 juta rupiah (kira-kira RM6,015) hingga 30 juta rupiah (kira-kira RM9,023).

“Tetapi kalau jumlah kerugian semuanya mencecah 600 juta rupiah (kira-kira RM180,463),” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Indriyani berkata, dia tidak menyedari telefon pintar miliknya digunakan suami untuk memohon pinjaman atas talian.

Pelbagai penyelewengan suami dirasai oleh Indriyani dan kemuncaknya apabila dia menerima bungkusan hamper yang dihantar ke alamat rumahnya oleh penganjur judi online.

Akibat perbuatan suaminya itu, beberapa aset tergadai termasuk kenderaan.

Walaupun perceraian mereka sudah disahkan Mahkamah Daerah pada Julai 2023, namun Indriyani masih bergelut untuk melunaskan baki hutang pinjaman suaminya, yang menggunakan namanya.

@indrisftry_

saya menyerah🙌🏻 dan ku kembalikan buku nikah ini kepada negara.. #pengadilanagamacibinong #ceraigugat #bismillah #fyp

♬ original sound – Hery Jepot – Hery Jepot

Sumber

Baca : Jam Rolex vintaj ditemui didasar laut selepas 5 tahun ‘hilang’, masih berfungsi dan banyak kisah disebaliknya

Leave a Comment