TerasMalaysia

Wanita terkilan percutian ke Korea Selatan sekadar ‘balik hari’, gara-gara tak bawa pasport lama

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita terkilan percutian ke Korea Selatan sekadar ‘balik hari’, gara-gara tak bawa pasport lama.

Sebelum kita memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi terutama sekali luar negara, kita perlu pastikan pasport kita dalam tempoh yang sah dan menyediakan pelbagai dokumen untuk memastikan kelancaran apabila berdepan pihak imigresen sesuatu negara itu.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @beemyfweeen

telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya yang hampa tidak dapat memulakan percutiannya di Korea Selatan selepas ditahan pihak imigresen di sana.

Menurutnya, mereka telah menyediakan jadual perjalanan dan mencetak semua dokumen yang diperlukan, termasuk tiket penerbangan, tempahan hotel, dan K-ETA, borang kebenaran perjalanan elektronik wajib untuk negara bebas visa.

Apabila dia tiba di Lapangan Terbang Incheon, pegawai imigresen meminta semua dokumen biasa yang dia sediakan dan bertanya mengapa dia tidak mempunyai sejarah melancong.

Susulan itu, dia menjelaskan bahawa dia telah memperbaharui pasportnya tetapi tidak membawa pasport lama apabila diminta. Kemudian, dia diiringi oleh pegawai lain untuk disoal siasat tambahan.

Wanita terkilan percutian ke Korea Selatan sekadar 'balik hari', gara-gara tak bawa pasport lama

Selepas temu bual itu, pegawai imigresen memaklumkan dia dan rakannya ‘tidak bersedia untuk perjalanan ini’ dan diarahkan untuk menunggu di dalam bilik sebelum diberitahu perlu pulang ke Malaysia keesokan harinya.

Menurutnya, dia berkongsi pengalamannya itu agar orang ramai boleh mengambil pengajaran bahawa walaupun kita sudah bersedia tetapi masih boleh berlaku perkara yang tidak diingini.

Perkongsian videonya itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut serta ada yang tertanya-tanya sama ada ia menjadi satu protokol untuk membawa pasport lama bersama walaupun selepas memperbaharuinya.

BACA:
Penyelia Jururawat lesap RM380,000 lepas tekan butang suka di Instagram, ditipu ‘scammer’ hidup-hidup
Niat nak bersih rumah pusaka bertukar seram, keluarga terkejut jumpa nenek kebayan muka iras arwah ibu
Wanita terkejut dicas RM33 untuk sepinggan nasi, harga kangkung belacan saja boleh beli air 2 cawan

Leave a Comment