TerasMalaysia

Warga Asing Durjana! Rogol Rakan Sekerja.

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Warga Asing Durjana! Rogol Wanita Ditahan.

Seorang warga asing ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita di ladang di Batu 35 Jalan Tawau-Semporna dekat sini, Selasa lalu.

Suspek berusia 30-an itu ditahan pada jam 7.18 malam Rabu, selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa yang berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan anggotanya dari Balai Polis Bandar Sri Indah menyerbu rumah suspek di kawasan rumah pekerja ladang di sini.

“Suspek ialah rakan sekerja mangsa dan mereka tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Ketika kejadian, suspek berjumpa dengan mangsa di luar rumah dan telah mengugut menggunakan senjata tajam agar mengikutnya.

Jasmin berkata, susulan daripada itu, mangsa membuat laporan polis dan hasil serbuan berjaya menahan suspek sehari selepas kejadian rogol berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan,” katanya.

Ada Pemimpin Lain Sanggup Share Sejadah Macam Ni ?

Leave a Comment