Warga Asing Mabuk Tumbuk Pemilik Kedai Depan Polis Di Petaling Street

Warga Asing Mabuk Tumbuk Pemilik Kedai Depan Polis Di Petaling Street

Baru-baru ini kecoh insiden di hadapan sebuah kedai makan di Petaling Street dimana seorang lelaki warga asing disyaki mabuk dengan beraninya bertindak menumbuk seorang lelaki tempatan walaupun dikelilingi beberapa orang pegawai polis baru-baru ini.

Warga asing tersebut pada mulanya dilihat duduk di laluan pejalan kaki premis kedai ketika mangsa yang merupakan pemilik sebuah premis makanan sedang berbincang sesuatu dengan pihak polis.

Secara tiba-tiba, warga asing dipercayai berasal dari Amerika Syarikat tersebut bangun dan terus menumbuk mangsa di hadapan pegawai polis yang bertugas.

Dalam video berdurasi 43 saat itu juga, kelihatan beberapa pegawai polis yang berada di lokasi cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

Seorang saksi kejadian berkata, kejadian tersebut berlaku ekoran warga asing tersebut enggan membayar minumannya sehingga berlaku pertengkaran dengan pemilik kedai tersebut.

Menurut seorang lagi yang turut berada di tempat kejadian ketika insiden itu berlaku, warga asing tersebut yang memulakan pergaduhan.

Difahamkan selepas kekecohan tersebut berlaku, warga asing berkenaan sudah ditahan oleh pihak polis.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sumber

Baca : Penunggang Motorsikal Tunjuk Lagak, Akhirnya Dapat ‘Hukuman’ Ini Buat Netizen Puas Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *