TerasMalaysia

Warga emas dibiar terbaring atas tilam nipis yang dipenuhi najis dekat pasar di Kelantan undang kurang senang pelanggan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Warga emas dibiar terbaring atas tilam nipis yang dipenuhi najis dekat pasar di Kelantan undang kurang senang pelanggan.

Menurut seorang peniaga di Pasar Wakaf Che Yeh, dia telah membuat aduan kepada beberapa pihak untuk membantu warga emas itu namun setakat ini tiada tindakan diambil lagi.

Seorang lelaki warga emas dibiarkan dalam keadaan terlantar bersama tilam yang dipenuhi najis sejak lebih dua minggu lalu di Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bahru, Kelantan.

Seorang peniaga pasar berkenaan, Hasawadi Ramli berkata, warga emas berusia lingkungan 60-an itu dipercayai ditinggalkan individu tidak dikenali.

Warga emas dibiarkan terlantar di atas tilam nipis
Menurutnya, warga emas itu hanya ditinggalkan dengan satu tilam nipis yang menjadi tempatnya untuk tidur.

“Akibat ditinggal lama, tilam berkenaan dipenuhi dengan najis memandangkan lelaki itu tidak boleh bergerak.

Warga emas dibiar terbaring atas tilam nipis yang dipenuhi najis dekat pasar di Kelantan undang kurang senang pelanggan

“Saya dan peniaga lain hanya mampu memberikan makanan kepadanya dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mengenalinya. Sebab lama ditinggalkan, tilamnya penuh dengan najis.

“Perkara ini membuatkan pembeli pasar ini tidak selesa kerana bau kurang menyenangkan. Cuti sekolah juga sudah bermula jadi kunjungan orang ramai ke pasar ini akan bertambah berbanding sebelum ini,” katanya dipetik Buletin TV3.

Telah buat aduan tapi belum ada tindakan diambil
Jelas Hasawadi lagi, dia juga telah membuat aduan kepada beberapa pihak untuk membantu warga emas itu namun setakat ini tiada tindakan diambil lagi.

“Saya harap pihak bertanggungjawab datang membantu warga emas ini kerana dia tidak boleh bergerak,” katanya lagi.

Pelbagai pihak beri berkhidmatan sokongan kepada warga emas
Untuk info, warga emas yang terabai perlu diberikan sokongan dan bantuan kerana mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kualiti hidup yang baik dalam masyarakat.

Terdapat pelbagai pihak yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada golongan ini termasuklah pihak kerajaan, badan bukan kerajaan ataupun pihak swasta.

Antara kemudahan-kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka adalah seperti:

  • Pusat Jagaan
  • Pusat Jagaan Harian
  • Bantuan Kewangan Sara Hidup
  • Kemudahan Perubatan
  • Di Malaysia terdapat tiga badan yang mengendalikan pusat jagaan untuk warga emas terabai iaitu badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan badan swasta.

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendalikan pusat-pusat jagaan seperti Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang terbiar dan Rumah Ehsan untuk warga emas terbiar yang sakit terlantar.

BACA:
Youtuber ‘kentang goreng’ buat onar, selamba tinggal serumah dengan bukan muhrim dan buat bising sampai kacau jiran
Gara-gara merajuk telefon pintar miliknya dirampas, budak lelaki berusia 10 tahun ‘healing’ pandu kereta sejauh 300 kilometer
Budak 4 tahun meronta-ronta sebelum lemas, abang tiri siap tengok sambil teguk air depan-depan

Leave a Comment