Warga emas lesap RM40 juta, anak kandung beri dadah sebelum paksa tandatangan dokumen pindah aset

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Warga emas lesap RM40 juta, anak kandung beri dadah sebelum paksa tandatangan dokumen pindah aset.

SEPASANG suami isteri warga emas dari Thailand membuat aduan rasmi terhadap anak perempuan bongsu mereka yang dikatakan telah ‘merompak’ aset bernilai hampir 300 juta baht (RM39.2 juta) dalam tempoh 3 tahun.

Cucu perempuan warga emas itu yang dikenali sebagai Praw, menemani datuk dan neneknya yang berusia 80an untuk mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan, Saimai Survive.

Praw memberitahu bahawa datuk dan neneknya kehilangan aset berupa 160,000 meter persegi tanah bernilai 300 juta baht (RM39.2 juta) dan 10 juta baht (RM1.3 juta) wang simpanan, kepada anak bongsu mereka.

Warga emas lesap RM40 juta, anak kandung beri dadah sebelum paksa tandatangan dokumen pindah aset

Menurut Praw, ibu saudaranya itu memberi datuk dan neneknya dos dadah yang membuatkan mereka khayal dan mengatakan ia adalah ubat, bertujuan untuk membuatkan mereka mamai.

Ketika datuk dan neneknya dalam keadaan separa sedar, ibu saudaranya itu bertindak memaksa mereka menandatangani dokumen untuk memindahkan aset mereka kepadanya.

Didakwa wang bernilai 10 juta baht (RM1.3 juta) telah dipindahkan dari akaun bank datuk dan neneknya ke akaun bank ibu saudaranya itu, manakala sebahagian tanah telah dijual dan selebihnya telah digadaikan.

BACA:
Inilah orang yang pertama menghasilkan mesin judi di dunia, ramai terjerumus dan ketagihan akibat judi slot masa kini
Lelaki cerita kenangan lama, pernah berborak dengan Arwah Mona Fendi sebelum ditangkap polis kes kerat 18
Tak sangka disebalik kejayaan Mr. Bean sebenarnya ada kisah sedih yang mungkin ramai tak tahu

Leave a Comment