TerasMalaysia

Warga Emas Rugi Lebih RM11,000, Ditipu Tukang Cat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Warga Emas Rugi Lebih RM11,000, Ditipu Tukang Cat

Mahkamah Majistret hari ini mendakwa seorang tukang cat berdepan hukuman penjara 10 tahun diatas pertuduhan memperdayakan warga emas membeli barangan terpakai berjumlah RM11,680, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zukhairi Mohd. Azmi, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan Liew Tian Foo, 68, dengan menawarkan tender pembelian barangan terpakai di Gudang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Perbuatan itu mendorong Tian Foo menyerahkan wang berjumlah RM11,680 iaitu dengan serahan tunai berjumlah RM480 dan memasukkan RM11,200 ke dalam akaun bank milik tertuduh antara 30 Oktober 2015 hingga 20 Januari 2015.

Bagi kesalahan tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan denda.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan hanya bekerja sebagai tukang cat dan menanggung tujuh ahli keluarga termasuk isterinya yang sedang sarat mengandung.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh 9 Februari depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

TMJ Minta Individu Yang Sumbang Lebih Kepada Bola Sepak Untuk Tampil ‘Tunjuk Muka’

Leave a Comment