Warga emas terhuyung-hayang sebelum rebah depan lembu korban, orang ramai terkejut lihat kejadian itu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Warga emas terhuyung-hayang sebelum rebah depan lembu korban, orang ramai terkejut lihat kejadian itu. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang warga emas meninggal dunia ketika melihat lembu korbannya disembelih, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @infojember.

Rakaman memaparkan orang ramai berkumpul di halaman sebuah rumah untuk menyaksikan penduduk menyembelih seekor lembu korban.

Seorang warga emas bernama Soleh berada berhampiran kumpulan penduduk tersebut. Dia dilihat duduk mencangkung sambil melihat lembu korbannya.

Tidak lama kemudian, badan Soleh terhuyung-hayang ke hadapan sebelum jatuh tertiarap ke atas tanah.

Warga emas terhuyung-hayang sebelum rebah depan lembu korban, orang ramai terkejut lihat kejadian itu

Penduduk yang berada di lokasi kejadian segera memeriksa Soleh dan mendapati dia telah meninggal dunia.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Orang yang baik akan mati dengan mudah seperti menarik rambut dari tepung. Insya-Allah husnul khotimah Soleh,” komen seorang netizen.

BACA:
Tak bertudung dan berpakaian seksi, individu dedah ‘influencer’ terkenal berubah masa bercuti dengan kawan
Isteri terkilan suami lari bawa perempuan lain bersama, jual kereta dan bawa lari duit simpanan miliknya
Dikenali dengan nama ‘Raja Motor’, rakan seperjuangan datang beri penghormatan terakhir sambil rem sekuat hati

Leave a Comment