TerasMalaysia

Waris boleh tuntut skim khairat kematian di BSN bernilai RM1,000, ini langkah dan syarat yang perlu dibuat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Waris boleh tuntut skim khairat kematian di BSN bernilai RM1,000, ini langkah dan syarat yang perlu dibuat.

Waris boleh membuat tuntutan secara tunai menerusi mana mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Hubungan Waris Yang Layak Tuntut SKK
Selain itu, terdapat beberapa hubungan waris yang layak untuk membuat tuntutan SKK. Antaranya hubungan waris yang layak adalah pasangan, ibu, bapa, anak (kandung, tiri, angkat) dan adik beradik.

Manakala, keutamaan tuntutan SKK STR 2023 adalah kepada Pemohon / Pasangan. Turutan keutamaan layak tuntut SKK adalah seperti di bawah:

  1. Pemohon sekiranya pasangan warganegara meninggal dunia
  2. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) Borang Permohonan STR 2023 sekiranya pemohon meninggal dunia; atau
  3. Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada Borang BK- 01 (Borang Permohonan STR 2023) dan mestilah terdiri daripada hubungan (Rujuk soalan 2) sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan penerima STR 2023 meninggal dunia.

Syarat Kelayakan SKK
Permohonan berstatus Lulus STR 2023 bagi kategori (Bukan Warga Emas) iaitu berkahwin atau merupakan ibu/bapa tunggal, balu, janda atau duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.

Waris boleh tuntut skim khairat kematian di BSN bernilai RM1,000, ini langkah dan syarat yang perlu dibuat

Manakala tempoh meninggal dunia adalah dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Seterusnya, bagi permohonan Warga Emas yang lulus permohonan STR 2023 atau menerima bayaran Fasa 1 atau Fasa 2 dan berstatus Tidak Layak / Tidak Lulus STR 2023 bagi kategori:

Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;atau
Bujang; atau
Warga Emas Tiada Pasangan
Waris boleh membuat tuntutan jika pemohon meninggal dunia adalah dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Manakala, bagi individu meninggal dunia yang layak SKK adalah pemohon STR atau pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2023 dan berstatus Warganegara.

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Tuntutan SKK
Antara bebarapa dokuman yang perlu seperti sijil kematian asal, salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau Dokumen Sokongan Tambahan, sekiranya perlu.

BACA:
Lelaki terkejut dapat beras plastik lepas beli nasi lemak di gerai, siap gumpal baling dekat meja buat ‘demo’
Lagu Malam Pagi nyanyian Saixse mempunyai unsur lucah dan seolah mengajak anak muda melakukan maksiat
Bapa terkejut ketika memancing, dapat ikan ada gigi dan mirip seperti manusia

Leave a Comment