TerasMalaysia

Warisan turun-temurun, pelajar tingkatan 1 tunjuk bakat buat salinan tulisan tangan ayat-ayat Al-Quran

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Warisan turun-temurun, pelajar tingkatan 1 tunjuk bakat buat salinan tulisan tangan ayat-ayat Al-Quran

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu menunjukkan bakatnya menulis buku tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat al-Quran dengan begitu cantik dan kemas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor, menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, nama pelajar tersebut adalah Lamya Amina.

Difahamkan, Lamya mewarisi bakat ayahnya dikenali sebagai Abd. Rahman Hamzah yang juga pensyarah sebuah universiti awam yang mahir dalam bidang kaligrafi Islam.

Turut dimuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan karya seni Lamya yang hampir sama dengan al-Quran bercetak.

Di ruangan komen mendapati ramai yang kagum dengan bakat pelajar perempuan itu dalam kaligrafi dan tulisan khat walaupun bidang tersebut semakin ditelenggam dalam arus teknologi moden.

“Masya-Allah. Tahniah adik. Kemas dan cantik. Hargailah bakat anugerah Allah. Semoga anda terus cemerlang,” komen Rosita.

“Tahniah Lamya.. ibu dan ayahnya pun cantik tulisan. Mewarisi bakat menulis khat ibu ayahnya. Syabas,” komen Siti Rohani.

“Masha-Allah, memang berbakat anak ini menulis dengan kemas dan cantik sekali. Bakat yang Allah kurniakan padanya. Bertuah sungguh ibu ayahnya,” komen Zaleha.

Baca : Sebelum melaungkan perkataan Merdeka, Tunku Abdul Rahman membuat pesanan terakhir melalui radio ke seluruh Malaysia

Leave a Comment