TerasMalaysia

Wi-Fi Ganggu DNA Anak? Netizen Pertikai Perkongsian ‘Influencer’ Ini

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wi-Fi Ganggu DNA Anak? Netizen Pertikai Perkongsian ‘Influencer’ Ini

Dalam usaha membesarkan anak, sudah pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anaknya bermula daripada bayi sehingga membesar menjadi dewasa.

Sepanjang proses membesarkan anak, pastinya kita akan membaca dan mendengar pelbagai nasihat dan tip yang didakwa mampu memberi kebaikan buat anak-anak.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian di Facebook Mazliana Mazlan di mana beliau mendakwa radiasi Wi-Fi mampu mengganggu DNA dan sel otak anak. Selain itu, Wi-Fi juga mampu membuatkan tidur anak tidak berkualiti. Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan kepada ibu bapa agar menutup Wi-Fi sebelum anak tidur.

Wi-Fi Ganggu DNA Anak? Netizen Pertikai Perkongsian ‘Influencer’ Ini

Baca: Pengeluaran KWSP bersasar, kali ini bukan seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Perkongsian yang dilakukan turut disertakan dengan sumber daripada kajian 1,258 muka surat seorang pengkaji dari University of California, Berkeley.

Influencer ini tidak seharusnya menyebarkan maklumat yang salah

Dalam pada itu, ramai netizen yang berpendapat influencer ini tidak seharusnya menyebarkan maklumat yang salah khususnya selepas mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Menurut para netizen, apa yang dikongsikan influencer ini tidak benar sama sekali dan seharusnya diturunkan perkongsian tersebut bagi mengelakkan lebih ramai yang percaya dengan perkara yang didakwa tidak benar ini.

Tidak kurang juga yang berpendapat, influencer ini seharusnya mengulas mengikut bidang yang beliau ketahui dan pakar sahaja. Setakat ini, perkongsian beliau mengenai Wi-Fi ini telah meraih lebih 2,400 shares kurang dari 24 jam sejak dikongsikan.

Leave a Comment