TerasMalaysia

Wisma Jakel Shah Alam Terbakar Kali Ke-2

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wisma Jakel Shah Alam Terbakar Kali Ke-2

Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, mengalami kebakaran kali kedua apabila stor langsirnya terbakar tengah malam tadi.

Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu membabitkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 2.78 meter persegi (30×40 kaki persegi) di tingkat tiga.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam.

Menurutnya, seramai 43 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Kota Anggerik, Puchong, Damansara, Sungai Pinang, Petaling Jaya dan Kota Raja dikejarkan ke lokasi.

Api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 1.45 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.07 pagi.

Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa. Menurut Norazam, kerja-kerja ‘overhaul’ turut dilakukan pihaknya untuk memastikan api padam sepenuhnya.

Ini merupakan kebakaran kedua selepas Wisma Jakel musnah 80 peratus pada 1 Januari lalu.

Jakel Shah Alam Hangus Dijilat Api. 80 Peratus Musnah Terbakar !! (VIDEO)

Leave a Comment