TerasMalaysia

Yana Najib selamat lahirkan anak perempuan, minta orang ramai sampaikan berita kepada Najib Razak

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Yana Najib selamat lahirkan anak perempuan, minta orang ramai sampaikan berita kepada Najib Razak

Pada Rabu lepas, anak perempuan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Dia yang juga mesra dikenali sebagai Yana Najib telah memuat naik tentang berita itu di Instagram

 dan memaklumkan bahawa bayi perempuan itu dinamakan Amelia Rahah Daniyar.

“Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada ALLAH SWT, kami sekeluarga telah menyambut kelahiran anak ketiga kami pada hari yang penuh dengan nostalgia. Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku nak bagi tau atoknya, ‘Saya tak nak awak susah hati hari ni’. Kami sentiasa berdoa agar ALLAH segera menyatukan kami,” katanya di dalam posting itu.

Dalam pada itu, menerusi Instagram rasmi Najib Razak, admin akaun itu juga meminta bantuan supaya berita itu disampaikan kepada bekas PM berkenaan yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang.

“DSN belum tahu berita ini. Tidak ada caranya nak bagi tahu dalam masa terdekat juga. Jika ada sesiapa yang baca ini dari Kajang yang sudi dan boleh bantu sampaikan berita ini, amat menghargainya dan berterima kasih,” ujarnya.

Terdahulu, Yana telah mendirikan rumah tangga dengan Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 2015 lalu. Yana juga terdahulu telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Adam Razak dan Aidan Najib.

Sumber

Baca : Wanita berhijab buat mukbang di media sosial, siap ‘tutorial’ baca surah untuk halalkan daging babi yang dimakan

Leave a Comment