’Youtuber’ ini mengaku menjadi punca sebuah kapal terbang terhempas, abadikan dalam video

’Youtuber’ ini mengaku menjadi punca sebuah kapal terbang terhempas, abadikan dalam video. Seorang YouTuber mengaku bersalah atas dakwaan menghalang siasatan persekutuan berhubung tragedi pesawat dinaikinya yang terhempas di Hutan Negara Los Padres, California, pada 2021.

Pengakuan Trevor Jacob, 29, yang berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas sengaja memusnahkan serpihan pesawat enjin tunggal itu diumumkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, lapor The Guardian.

Jacob mendokumentasikan kejadian itu dan memuat naik video berkenaan di saluran YouTube miliknya.

Dalam kejadian pada 24 November 2021, Jacob keluar menggunakan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas.

Dia pada mula memberitahu penyiasat bahawa pesawatnya kehilangan kuasa dan tidak tahu lokasi bangkai kapal itu.

Youtuber ini mengaku menjadi punca sebuah kapal terbang terhempas abadikan dalam video

Namun, keterangannya menimbulkan keraguan dalam kalangan pakar penerbangan dan pihak berkuasa persekutuan.

Siasatan dilakukan kemudian mendapati Jacob tidak cuba menghubungi kawalan trafik udara, menghidupkan semula enjin atau mencari tempat selamat untuk mendarat.

Dia yang mendakwa dirinya sebagai juruterbang dan penerjun udara berpengalaman semasa rayuannya mengakui tidak berhasrat melengkapkan penerbangan solonya dari Lapangan Terbang Lompoc di selatan California ke Mammoth Lakes di pergunungan Sierra Nevada.

Menurut pegawai, sebelum berlepas, Jacob memasang beberapa kamera video pada bahagian pesawat dan melengkapkan dirinya dengan payung terjun, kamera video serta pemegang kamera swafoto.

’Youtuber’ ini mengaku menjadi punca sebuah kapal terbang terhempas, abadikan dalam video

Selepas kira-kira 35 minit dalam penerbangan, dia terjun dari pesawat lalu merakamnya dan sebaik mendarat, dia mendaki ke lokasi nahas untuk mendapatkan semula rakaman dari pesawat itu.

Dua hari selepas kejadian, Jacob memaklumkan kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengenai nahas tetapi tidak tahu lokasi serpihan.

Bagaimanapun, pada 10 Disember 2021, Jacob dan rakannya terbang semula ke lokasi nahas sebelum menunda pesawat terhempas itu ke daerah Santa Barbara dan memusnahkan dengan membuangnya di sekitar lapangan terbang serta lokasi lain bagi mengaburi pasukan siasatan.

Dia kemudian memuat naik video bertajuk I Crashed My Plane ke YouTube pada 23 Disember 2021 dan ia ditonton hampir tiga juta kali.

Pada April tahun sama, pasukan penyiasat membongkar pembohongan Jacob dan FAA membatalkan lesen juruterbangnya.

BACA:

Jual makanan ada babi, tapi pakai tudung, tak sangka ini jawapan peniaga selepas ditanya

Pendakwah bebas terkenal ‘kantoi’ jadi dayus, biarkan isteri buat maksiat dan tak menegur

Tak sangka ini rupanya punca kenapa kapal terbang tinggalkan asap putih di udara

Leave a Comment