TerasMalaysia

Youtuber ‘kentang goreng’ buat onar, selamba tinggal serumah dengan bukan muhrim dan buat bising sampai kacau jiran

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Youtuber ‘kentang goreng’ buat onar, selamba tinggal serumah dengan bukan muhrim dan buat bising sampai kacau jiran.

Sebelum ini, pernah tular YouTuber yang tampil dengan konten makan kentang goreng bersuap bersama dengan ‘pasangan’ dan video itu telah menjadi bualan ramai.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh telah berkongsi dalam satu catatan Facebook berkaitan YouTuber tersebut yang dikenali sebagai Ammar Nazhan itu.

Menerusi perkongsian tersebut, Fadli mendedahkan tangkap layar perbualannya dengan jiran YouTuber terbabit dimana jirannya mendakwa mereka tinggal serumah bersama bukan muhrim.

Bagi anda yang menonton konten dimuat naik oleh Ammar Nazhan, boleh dikatakan kesemua konten dirakam dalam rumah dipercayai rumah tersebut dijadikan studio.

Bukan itu sahaja, YouTuber tersebut bersama rakan-rakan turut didakwa tidak menghormati privasi jiran yang tinggal di kawasan perumahan tersebut dan tidak beradab apabila parkir di depan rumah orang lain, bergaduh dengan pengawal keselamatan, buat bising pada waktu malam dan banyak lagi.

Youtuber 'kentang goreng' buat onar, selamba tinggal serumah dengan bukan muhrim dan buat bising sampai kacau jiran

Difahamkan, jiran-jiran di kejiranan YouTuber tersebut telah berbincang dengan YouTuber terbabit tetapi jawapan menghampakan yang diterima mereka membuatkan mereka semakin marah.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berpendapat seharusnya mereka memaparkan imej baik kerana sebagai influencer harus memberikan pengaruh baik bukannya sebaliknya.

BACA:
Guru mengaji buat perangai, ‘mempergunakan’ 20 pelajar untuk ramas dan raba kemaluan miliknya
Wanita berhabis RM1,000 untuk lepaskan udang karang yang besar ke dalam laut di sebuah restoran
Tak sangka ini punca laut di Selat Gibraltar bersatu dipermukaan tapi terpisah aliran air

 

Leave a Comment