TerasMalaysia

Zahid Kata Dr M Tanam Kebencian Kepada DAP Dalam UMNO?

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Zahid Kata Dr M Tanam Kebencian Kepada DAP Dalam UMNO?

Dr Mahathir Mohamad berdekad lamanya mempengaruhi ahli Umno membenci DAP ketika menjadi presiden parti itu dakwa Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas apa yang dikatakan ketidakpuasan hati mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan perpaduan yang turut disertai parti komponen Pakatan Harapan (PH), DAP.

“Patut marah Dr Mahathir dulu, dia yang bawa DAP masuk dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pertama kali dulu. Dia yang mendoktrin kami 22 tahun dan memberi gambaran yang sangat-sangat negatif pada parti itu, tetapi akhirnya mendakap parti itu.

“Dan ini kita lihat Bersatu berdakapan secara politik dengan parti itu, PAS juga pernah, yang belum berdakapan hanya Umno dan BN. Kita tak pernah terlepas dari tali ikatan apa yang tercatat dalam falsafah parti kita,” katanya dalam program bual bicara yang disiarkan secara atas talian, malam tadi.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri, berkata BN perlu bersyukur mendapat enam jawatan menteri dalam kerajaan perpaduan.

Jelasnya, BN mendapat 6 jawatan menteri walaupun hanya memenangi 30 kerusi, manakala DAP hanya mendapat empat jawatan menteri walaupun menang 40 kerusi.

Selain Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah, turut dilantik adalah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebagai menteri pertahanan, Naib Presiden Umno Khaled Nordin menjadi menteri pengajian tinggi dan Azalina Othman Said sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Selain itu, Zambry Abdul Kadir dilantik menteri luar dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

KKD Sedia Memberi Kerjasama Tentang Isu Menara Kuala Lumpur

Leave a Comment