TerasMalaysia

Zulin Aziz ‘diganggu’ masa bercuti di Cameron Highland, tengah mandi nampak tapak tangan dekat cermin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Zulin Aziz ‘diganggu’ masa bercuti di Cameron Highland, tengah mandi nampak tapak tangan dekat cermin

Apabila kita keluar bercuti kita pasti akan cuba bercuti di suatu kawasan yang asing bagi kita. Kalau dah bercuti pasti kita akan menginap di hotel, resort, chalet bahkan ada yang membawa khemah sendiri untuk dijadikan tempat merehatkan mata.

Kadangkala, kita berasa tidak selesa dan ada sampai satu tahap kita diganggu dengan perkara-perkara pelik yang sukar dijelaskan dengan menggunakan logik akal.

Terbaharu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz telah berkongsi pengalaman dirinya diganggu oleh makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di Cameron Highlands bersama suaminya, Farhan Norzaini.

Pengalaman seram itu dikongsi sendiri oleh Zulin menerusi TikTok, menyatakan bahawa dia alami gangguan mistik sehingga hampir tiba waktu subuh.

“Lama tak pergi Cameron Highlands. Tapi kena kacau hantu memang tak kelakar ya!

“Tak cukup tidur. Dia ganggu sampai nak masuk subuh. Mengantuk-mengantuk pagi tu terus checkout. Nasib baik breakfast sedap,” kongsinya.

Ujarnya lagi, Zulin mengatakan bahawa dia diganggu dengan bunyi bising, salakan anjing serta bunyi perabot seperti ditarik oleh ‘seseorang’ yang membuatkan dia dan suami terpaksa checkout awal pagi kerana tidak tahan dengan gangguan berkenaan.

“Masa mandi, tiba-tiba ada bekas tapak tangan dekat cermin. Ko ghase??? Bunyi bising, anjing menyalak, tarik perabot. Lepas ni aku pergi Cameron Highlands balik hari je lah. Siang indah…Malam seram oi,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama diganggu makhluk halus ketika bercuti di Camera Highlands dan ada juga yang memberi cadangan tempat tinggal yang selamat untuk diduduki.

Sementara itu, ada juga yang memberi saranan jangan menginap di tempat yang tidak ramai orang dan sunyi.

Sumber

Baca : Lelaki pun dah tak selamat, ramai perempuan komen lucah lepas muat naik video naik kuda dalam media

Leave a Comment