TerasMalaysia

Wanita Ini Terkedu Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Kuah Kari Selepas Habis Makan Roti Canai

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita Ini Terkedu Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Kuah Kari Selepas Habis Makan Roti Canai

Seorang wanita terkejut selepas menemui seekor ulat di dalam kuah kari ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna laman sosial TikTok, wanita berkenaan hanya menyedari bendasing itu setelah roti canainya habis dan kuah kari juga berbaki lagi sedikit.

@hewwooyouuu

pelajaran harini; walau apa pun tetap rezeki 🤣👍🏻

♬ original sound – milokfc – milokfc

Dia hanya mampu tersenyum sambil menahan rasa loya mengetahui ulat berada di dalam makanannya.

“Pelajaran hari ini. Walau apa pun tetap rezeki,” tulis pengguna yang menggunakan akaun @milokfc.

Daripada komentar orang ramai, kejadian dikatakan berlaku di sebuah restoran mamak di Shah Alam, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang memberitahu pernah berdepan pengalaman sama ketika makan di restoran mamak.

Ada juga yang mengatakan bahawa kualiti kebersihan restoran mamak sangat tidak memuaskan seperti dahulu.

“Sebab inilah aku tak berani makan dekat mamak, last aku makan dekat nasi ada ulat,” – Netizen

Sumber

Baca : Gadis Foreigner Ini Dapat Bunga Dari Lelaki Tak Dikenali, Tetapi Komen Netizen Bikin Dekah

Leave a Comment