
#image_title
Bapa nikahkan anak dengan menyebut mas kahwin paling ‘rare’, slalu orang sebut duit, tapi kali ni lain pula
Tular di laman sosial TikTok apabila seorang pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuannya dalam bentuk wang tunai dan juga seekor kucing berwarna putih.
Kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia itu mendapat perhatian warganet apabila, video tersebut memaparkan lafaz ijab dan kabul oleh ayah pengantin perempuan yang menyebut kucing sebagai mas kahwin.
Ayah nikahkan dan kahwinkan anakanda kepada puteri kandung ayah yang bernama Syifa Salma Jatun Aini dengan mas kahwinnya wang dan kucing dibayar tunai.
Menerusi video tersebut kelihatan pengantin perempuan begitu gembira menerima kucing berwarna putih itu yang diberikan oleh pengantin lelaki sebagai maharnya.
Dalam pada itu, kedua mempelai terlihat sama cantik sama padan yang menyarungkan persalinan dan hiasan tradisional sunda Indonesia berona putih.
Baca : Inilah punca kejayaan Ryan Bakery menjadi terkenal, dari tiada apa-apa sampai la sekarang