TerasMalaysia

Boy Iman nafi ‘scam’ Vendor Festival Raya, budak 21 tahun jadi mangsa terbaru

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Boy Iman nafi ‘scam’ Vendor Festival Raya, budak 21 tahun jadi mangsa terbaru

Empat individu termasuk pelakon Boy Iman didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung satu program festival raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

@umarnipoh

tolong lah share dan viral kan. kami semua peniaga dianaiya macam tu je😢🤲🏼 pihak atasan minta buat kerja dengan baik. #vendorscam #foryou #viral #scam #pwtc

♬ original sound – umarnipoh – umarnipoh

Bagaimanapun kelima-lima tertuduh iaitu Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, Nor Azmi Jantan, 49, serta dua lagi wanita Norazah Sahud, 51, dan Norzana Rapie @ Rafie, 51, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Noorelyanna Hanim Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa telah menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdaya mangsa dalam penjualan tapak perniagaan (booth) atau penyewaan tapak sempena festival Horay X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan RM1,500.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di WTC di sini pukul 2.34 pagi pada 19 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 420 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

“Doakan saya ya…teraniaya ni,”

Demikian kata-kata pelakon Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, ketika diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber

Baca : Buat perangai masa ‘pickhour’ penumpang LRT letak barang dekat kerusi kosong jadi perhatian

Leave a Comment