TerasMalaysia

Majlis khatan bertukar huru-hara, tok mudim terpotong kepala kemaluan budak berusia 10 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Majlis khatan bertukar huru-hara, tok mudim terpotong kepala kemaluan budak berusia 10 tahun

Majlis berkhatan di sebuah klinik swasta bertukar tragedi apabila tok mudim terpotong kemaluan seorang budak lelaki berusia 10 tahun di Kuantan Singingi, Riau.

Kejadian itu dilaporkan berlaku semasa acara khatan beramai-ramai di Cerenti.

Kemaluan budak lelaki itu dipercayai telah terpotong di bahagian kepala semasa proses berkhatan tersebut. Akibatnya, majlis khatan beramai-ramai itu terpaksa dihentikan dan mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Tidak ada pemberitahuan kepada kami, permit untuk acara itu juga tiada. Kami berada di lokasi ini dan keja dian itu benar berlaku,” kata Ketua Polis Daerah Cerenti Iptu, Irwan Fikri.

Menurut Irwan lagi, acara khatan beramai-ramai itu diadakan di sebuah klinik swasta di daerah itu. Majlis khatan tersebut diadakan oleh pemilik klinik berkenaan bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran anaknya.

“Maklumat yang kami perolehi berhubung kejadian ini adalah ianya berlaku semasa sambutan hari lahir anak kepada pemilik klinik berkenaan. Klinik ini adalah milik persendirian.

“Jadi bagi meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, acara khatan beramai-ramai secara percuma telah diadakan. Terdapat seramai 93 orang peserta dalam senarai acara khatan beramai-ramai tersebut,” jelas Irwan lagi.

Hasil daripada pemeriksaan awal, didapati kemaluan mangsa telah terpotong di bahagian kepala kemaluannya. Bagaimanapun, mangsa kini telah dibawa ke hospital di Pekanbaru.

“Kemaluannya terpotong di bahagian kepala. Kalau proses berkhatan yang dipotong di bahagian kulit, untuk kes ini kepala kemaluan mangsa yang terpotong.

“Namun kejadian ini masih kami siasat berikutan mangsa telah dibawa ke hospital di Pekanbaru,” sambung Irwan.

Baca : Pasangan terkena sihir pemisah, jadi panas baran dan bergaduh ketika ingin ‘bersama’

Leave a Comment