TerasMalaysia

Tahukah anda, pengguna-penguna vape terdedah dengan penyakit kelamin yang serius, alami masalah kesuburan dan kecut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tahukah anda, pengguna-penguna vape terdedah dengan penyakit kelamin yang serius, alami masalah kesuburan dan kecut

Kebanyakan orang yang bertukar kepada vape daripada rokok ini berpendapat vape adalah alternatif yang lebih baik daripada rokok. Namun, vape turut mempunyai kesan-kesan bahaya pada diri.

Vape atau nama lainnya rokok elektronik merupakan alatan yang sama fungsinya dengan rokok tembakau biasa iaitu menghasilkan asap jika dihisap. Namun, vape tidak mengunakan tembakau sebagai sumber penghasilan asap sebaliknya mengunakan cecair kimia berperisa dan kebanyakkannya mengandungi nikotin.

Namun tahukah anda, penggunaan vape juga sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh?

Ini kerana kandungan bahan berbahaya iaitu nikotin terkandung di dalam vape.

Antara kesan buruk penggunaan vape adalah:

1. Pening kepala

2. Tak cukup tidur

3. Ketagihan nikotin. Nikotin adalah hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan dan akan membuatkan penggunanya mahu menghisap vape berkali-kali.

4. Meningkatkan risiko serangan jantung dan strok

5. Kecederaan paru-paru

6. Kesihatan mental yang lemah

Lebih membimbangkan, ramai yang tidak menyedari bahawa penggunaan vape boleh menyebabkan masalah kesuburan dan zakar mengecut!

Perkara tersebut diterangkan oleh seorang doktor yang juga pakar kesihatan lelaki dari SS Clinic, Dr Shashi Kumar dalam satu temubual yang disiarkan di YouTube.

“Nikotin adalah satu unsur atau benda kimia yang boleh menyebabkan pengecutan salur sarah. Penis (zakar) memerlukan pengaliran darah yang bagus, tetapi terbantut disebabkan kandungan nikotin tinggi.

“(Pengguna vape) setiap lima minit nak sedut. Pesakit saya ada yang berusia muda sekitar 27 dan 28 tahun datang kerana ada masalah zakar,” katanya.

Tambahnya, adalah sangat membimbangkan apabila golongan yang menghisap vape ini terdedah dengan masalah berkenaan pada usia yang agak muda.

Pendapat berkenaan dikukuhkan dengan satu kajian yang dilakukan oleh pasukan saintis Turki, menerusi satu penyelidikan baharu yang dilakukan ke atas tikus jantan.

Para saintis berkenaan mengambil bacaan saiz testis tikus sebelum dan selepas mendedahkan haiwan kepada asap rokok dan wap vape, serta mengenal pasti biomarker tekanan dalam darah dan alat kelamin haiwan berkenaan.

Berikut adalah hasil penyelidikan berkenaan:

1. Kiraan sperma tikus yang terdedah kepada wap vape ialah 95.1 juta sperma setiap mililiter (ml), berbanding 98.5 juta setiap mililiter dalam kumpulan yang tidak terdedah kepada sebarang bahan nikotin.

2. Kiraan sperma tikus yang terdedah kepada asap rokok mempunyai jumlah terendah dengan 89 juta sperma setiap mililiter. Testis mereka juga mencatat ukuran paling kecil dan berat kurang daripada tikus yang terdedah kepada wap vape serta kumpulan tikus yang dikawal.

3. Cecair dalam vape boleh meningkatkan tekanan oksidatif dan menyebabkan perubahan morfologi dalam testis.

4. Cecair vape boleh mengecilkan saiz buah zakar, menghalang dorongan seks dan mengurangkan jumlah sperma.

Sumber

Baca : Hasil simpanan duit syiling 50sen dalam botol air isian semula, lelaki berjaya kumpul sebanyak RM5360.00

Leave a Comment