TerasMalaysia

8 bulan hamil, gadis berusia 12 tahun ni kuat semangat kerana bakal digelar ibu muda

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

8 bulan hamil, gadis berusia 12 tahun ni kuat semangat kerana bakal digelar ibu muda. Seorang gadis yang baru berusia 12 tahun terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya bakal bergelar ibu muda. Di saat orang lain sedang bersuka-ria dan menjalani kehidupan remaja mereka, gadis ini pula terpaksa mengorbankan masa mudanya dengan menggalas tanggungjawab yang sangat besar.

Kisah gadis yang dikenali dengan nama Bunga dari Indonesia mula menjadi perhatian warganet selepas videonya menjalani pemeriksaan kandungan di sebuah klinik tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mommy Chutela memaklumkan bahawa Bunga merupakan anak kepada pekerjanya di perusahaan kebun keluarganya.

Tetapi apa yang menyedihkan selepas mengetahui Bunga sebenarnya merupakan mangsa rogol sehingga mengakibatkan dirinya hamil. Namun, wanita ini enggan menceritakan secara terperinci bagaimana kejadian tersebut berlaku dan siapakah pelakunya kerana mahu menjaga aib Bunga.

Ibu bapa Bunga juga dikatakan buntu dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dilalui anak gadis mereka itu. Oleh hal demikian, wanita ini akhirnya menawarkan bantuan untuk menjaga Bunga.

8 bulan hamil, gadis berusia 12 tahun ni kuat semangat kerana bakal digelar ibu muda

Dan saya enggan menyakiti Bunga dengan bertanya macam-macam soalan seperti kenapa, di mana, siapa. Kalau Bunga tidak mahu menjawab, saya juga tidak mahu mendesak.

Kerap muntah sampai penat

Jelas wanita ini lagi, Bunga yang kini sarat hamil 8 bulan seakan tidak faham bahawa dirinya berbadan dua kerana apabila jururawat memintanya menyelak baju untuk tujuan imbasan, Bunga seperti kekok dan malu. Bukan itu sahaja, wanita ini akui kasihan melihat Bunga yang kerap loya, muntah dan sentiasa penat.

Hari ke-5 di rumah kami. Bunga aku tak benarkan buat kerja apa pun kecuali mencuci pakaiannya sendiri. Jadi Bunga hanya makan, tidur sambil menonton kartun sebagaimana disukai kanak-kanak seusianya.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya berharap agar gadis ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu muda. Mereka juga sempat berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya menjaga keselamatan anak-anak supaya tidak berlakunya perkara tidak diingini.

@ladiestory.id Anak Usia 12 Tahun Asal Binjai Hamil 8 Bulan. #ladiestoryid #anakdibinjai #fyp #tiktoktaiment #binjaitiktok ♬ original sound – Ladiestory ID

BACA:

Isteri ditertawakan lepas minta naik nafkah, tolak hutang semua lepas la makan untuk sehari

Niat nak goreng telur buat makan, lain pula jadi lepas tu, terkejut wanita ni tengok telur membeku tak pecah

Tular video pencuri suruh kanak-kanak ambil telefon dalam kedai bukan miliknya, “kesian budak tu tak berdosa”

Leave a Comment