TerasMalaysia

Menara 118 Ditawan Warga Asing Buat Kali Kedua – Dah Boleh ‘Upgrade’ Security Dah Ni

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Menara 118 Ditawan Warga Asing Buat Kali Kedua – Dah Boleh ‘Upgrade’ Security Dah Ni

Sebelum ini kecoh satu Malaysia, tular satu insiden tahun lalu sepasang kekasih dari Rusia memuat naik video mereka memanjat puncak bangunan kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118.

Baru-baru ini tergempar insiden yang sama berulang dimana seorang bekas anggota tentera Amerika Syarikat, Isaac Wright pula memuat naik video memanjat menara berkenaan menerusi akaun YouTube miliknya ‘Driftershoots’ yang didakwa dilakukan pada 30 Disember lalu.

Video selama 7 minit 18 saat itu memaparkan kumpulan terbabit, terdiri daripada sekurang-kurangnya empat individu, termasuk dua daripada mereka dikaburkan muka, menyelinap ke tapak bangunan itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.

Mereka kemudian memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk ke puncak menara, sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak.

Video itu juga memuatkan adegan mereka “meraikan” kejayaan selepas menawan Menara 118 di bilik hotel mereka.

Dalam penerangan video itu, kumpulan itu berkata bahawa pendakian berkenaan “memakan masa, sukar dan penuh dengan cabaran.”

“Beberapa percubaan telah berakhir dengan ada individu dipenjarakan, jadi kami sedar yang kami berdepan risiko besar.

“Ini berakhir dengan jayanya. Ia adalah satu hadiah untuk mengakhiri tahun 2022 dengan menunjukkan rakaman tersebut,” dakwa kumpulan itu.

Mereka mendakwa tindakan memanjat menara itu hanyalah ‘luahan artistik kebebasan yang dilakukan demi cinta”, dan bukan untuk menggalakkan sesiapa meniru semula tindakan yang dipaparkan.

Disebabkan insiden tersebut rata-rata netizen mempersoalkan tentang sistem keselamatan di Menara Merdeka 118. Bagaimanakah jika insiden ini berulang? Adakah ia terjamin pada masa akan datang?

Sumber

Viral Video “Ayam” Dihantar Ke Kapal Offshore, “Lepas tu balik rumah bawak penyakit”

Leave a Comment