TerasMalaysia

Ganja dikeluarkan daripada senarai dadah oleh PBB, sekarang ia termasuk dalam kategori ini

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ganja dikeluarkan daripada senarai dadah oleh PBB, sekarang ia termasuk dalam kategori ini. Suruhanjaya Narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengeluarkan ganja dari senarai dadah merbahaya yang tidak mempunyai faedah perubatan, lapor UN News.

Bagaimanapun, PBB masih mengekalkan undang-undang yang melarang penggunaan ganja untuk tujuan harian.

Melalui undian yang dibuat, ia menunjukkan perbezaan tipis dengan 27-25. Amerika Syarikat dan United Kingdom antara negara yang menyokong keputusan itu, sementara Rusia, China, Pakistan dan Nigeria antara sejumlah negara yang menentang cadangan terbabit.

Manfaat perubatan ganja telah diketahui sejak zaman dahulu lagi. Tumbuhan ini digunakan dalam perubatan tradisional Cina pada abad ke-15 SM. Ganja juga pernah digunakan semasa zaman Mesir kuno dan Greece kuno, lapor The Conversation.

Keputusan PBB ini dilihat akan mendorong lebih banyak negara untuk meningkatkan akses kepada ubat-ubatan berasaskan ganja. Ia juga diharapkan dapat memicu kajian ilmiah mengenai penggunaan ganja dalam bidang perubatan.

Pada masa kini, terdapat lebih daripada 50 negara yang mengiktiraf ganja sebagai tanaman perubatan. Kanada, Uruguay dan 15 negeri di Amerika Syarikat telah menghalalkan ganja untuk kegunaan harian.

Ganja dikeluarkan daripada senarai dadah oleh PBB, sekarang ia termasuk dalam senarai ini

Terdahulu, Thailand melakukan perkara yang sama apabila mengeluarkan ganja dari senarai narkotik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

BACA:

Lelaki hempuk bapa dengan kerusi kerana berang baca doa berbuka puasa dengan laju

Tanpa ada transaksi, wanita ini kehilangan RM300 ditolak iklan Facebook secara tiba-tiba

Rosmah bengang dengan photographer, ambil gambar bukan main, hasil tak memberangsangkan

Leave a Comment