TerasMalaysia

Ada cerita disebalik gambar ‘wallpaper’ Window XP yang terkenal, mati-mati ingat gambar palsu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ada cerita disebalik gambar ‘wallpaper’ Window XP yang terkenal, mati-mati ingat gambar palsu. Ingatkah lagi anda semua dengan gambar wallpaper yang terpapar pada skrin komputer yang menggunakan Windows XP pada suatu ketika dahulu?

Gambar pemandangan bukit yang menghijau itu memang nostalgia betul, sebab sekarang ia dah tak digunakan lagi.

Namun, tahukah anda kisah di sebalik gambar tersebut? Gambar yang diberi nama ‘Bliss’ itu telah diambil oleh jurugambar iaitu Charles O’Rear pada tahun 1998 di Lebuh Raya 121 di Sonoma County, California.

Wah, dah lebih 20 tahun rupanya gambar tu! Menurut PC World, sebelum gambar itu diambil, O’Rear pada ketika itu sedang memandu dalam perjalanan untuk ke Marin County.

Tiba-tiba, dia ternampak kawasan itu dan terus memberhentikan kereta di tepi jalan untuk mengambil gambar bukit menghijau tersebut.

Ada cerita disebalik gambar 'wallpaper' Window XP yang terkenal, mati-mati ingat gambar palsu

Difahamkan, sebanyak empat keping gambar kawasan bukit tersebut telah diambil olehnya dan dia kemudiannya memuat naik gambar-gambar itu ke laman web Corbis untuk dijual lesen penggunannya.

Beberapa tahun kemudian, tuah menyebelahi Charles O’Rear apabila gambarnya itu berjaya menarik perhatian pihak Microsoft untuk dijadikan penghias skrin Windows XP.

Pihak Microsoft pun menghubungi O’Rear untuk membeli hakcipta gambar tersebut.

Walau bagaimanapun, berapa jumlah yang dibayar oleh Microsoft kepada jurugambar berkenaan untuk gambar tersebut tidak didedahkan kepada umum dan nilainya dikatakan sangat lumayan.

Walaupun ramai netizen yang ingatkan gambar wallpaper itu merupakan gambar fake atau telah diedit, tapi menurut O’Rear, lokasi tersebut termasuk awan, langit biru dan rumput hijau di situ memang asli macam tu waktu dia ambil gambar.

Pihak Microsoft dikatakan hanya menghijaukan sedikit pada bahagian bukit dalam gambar.

Boleh tonton video YouTube ini kalau korang nak tahu macam mana rupa lokasi gambar tu sekarang ni.

BACA:
“Ada masa kalau aku sendiri, aku jadi menggigil, jantung berdegup kencang bila teringat peristiwa itu”
“Saya jadi tak ada privasi, sampai nak beli makan pun suruh suami saya, kakak yang nak bercuti suami saya pula kena bawa”
Wanita hijab pengsan ketika bersukan, pelajar lain buat bulatan lindung aurat dari terdedah

Leave a Comment