TerasMalaysia

Orang luar kena ‘sekolah’ dengan penduduk Pulau Pinang, gara-gara minta ‘air mangkuk’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Orang luar kena ‘sekolah’ dengan penduduk Pulau Pinang, gara-gara minta ‘air mangkuk’.

Bagaikan trend, kebanyakan pelanggan di restoran-restoran di Lembah Klang kini menikmati air minuman dalam mangkuk.

Namun, cara penyajian air minuman ini berbeza, di mana air tidak langsung dihidangkan dalam mangkuk, sebaliknya dibungkus dan diikat tepi sebelum diletakkan di dalam mangkuk.

Walaupun cara ini biasa di beberapa premis makanan di Kuala Lumpur dan Selangor, namun seorang pelanggan berkongsi luahan apabila konsep ini tidak diamalkan di restoran di Pulau Pinang, terutama yang terkenal dengan hidangan nasi kandar.

“Kedai mamak di Pulau Pinang ni macam mana, tak tahu atau tak buat air bungkus letak dalam mangkuk atau kole?

“Dari hari tu aku cuba minta. Semua kedai tak tahu ni. Kami orang Selangor dan Kuala Lumpur memang dah biasa dengan cara penyajian dalam mangkuk,” luahnya melalui grup Facebook.

Orang luar kena 'sekolah' dengan penduduk Pulau Pinang, gara-gara minta 'air mangkuk'

Luahan tersebut mendapat pelbagai reaksi terutama dari mereka yang merupakan penduduk dan peminat makanan di Pulau Pinang, yang menjelaskan bahawa konsep ‘air dalam mangkuk’ bukanlah amalan biasa di negeri itu.

“Orang Pulau Pinang memang tak minum dalam mangkuk, kami pergi kedai minum dalam gelas,” tulis seorang individu yang berkongsi tangkapan skrin aduan pelanggan tersebut.

Dalam ruangan komen, rata-rata memberikan pandangan bahawa peniaga di Pulau Pinang mempunyai alasan tersendiri dengan mengekalkan penggunaan gelas.

Ada yang menasihatkan pelanggan tersebut untuk menghormati cara peniaga restoran di negeri masing-masing.

“Masuk tempat orang kena ikut cara mereka la. Lain tempat, lain cara.

“Ni bukan Kuala Lumpur, ni Pulau Pinang.

“Orang Pulau Pinang minum air guna gelas. Mangkuk ni kami guna untuk makan laksa atau bihun sup,” demikian antara komen netizen.

Pada masa yang sama, ada yang turut memberi sokongan kepada pelanggan yang membuat aduan dengan menyatakan bahawa terdapat alasan tertentu untuk memperkenalkan konsep ‘air dalam mangkuk’.

“Minum dalam gelas sikit, minum dalam mangkuk puas sebab banyak.

“Pulau Pinang ni lambat sikit trend masuk. Mangkuk ni senang kalau nak minum. Tak risau masuk lalat ke apa.

“Memang dah biasa kat Kuala Lumpur dan Selangor macam tu,” komen netizen lain memberi pandangan positif terhadap konsep penyajian ini.

BACA:
Tandas pelajar lelaki berkonsepkan ‘open air’, elak masalah buli dan merokok
Larikan diri dan hidup tenang di Amerika Syarikat, anak Perdana Menteri ‘bintang daud’ dikecam ramai
“Perangai dia buat aku tawar hati, sampai macam tu sekali cara dia, buat aku macam orang luar”

Leave a Comment